Followers

Monday, February 15, 2010

Sawi oh sawi..

Firstly kami nak minta maaf pada en Jojo sbb terlewat sket nak update entry ttg sayur-sayuran. Kepada pengungjung setia blog kebun Pokleh terima kasih kerana sentiasa sudi menyinggah blog kami walaupon agak lama menyepi. Ok lah.. utk entry kali ni, kami nak kongsi cerita ttg sawi pulak. Kalau dulu Pokleh dah berjaya menanam kailan dan menjualnya, kali ni Pokleh nak cuba tanam sawi pulak. Kat pasaran, harga sawi mmg murah berbanding kailan. Sbb tu dlm penanaman secara fertigasi, dinasihatkan untuk menanam sayuran yg mempunyai nilai tinggi di pasaran supaya kita boleh mendapat hasil yg setimpal. Tapi untuk dimakan sendiri, apa salahnya kita tanam sikit kan?

tanam sawi ni tak lah susah mana pon. Sama juga macam tanam kailan, kita tak perlu nak semai dalam tray tapi kita gunakan teknik "campak-campak". Hehe.. maksudnya, kita just tabur 3-4 biji benih sawi kat dalam polybeg lepas tu bagi baja n air secukupnya. Mcm kami tanam kailan dulu, oleh kerana kami tanam menggunakan saluran sistem yg sama untuk cili padi, jadi, apa yg diterima oleh pokok cili padi kami, akan diterima juga oleh sayur sawi. Sawi pon ambil masa tak lama untuk membesar. Kurang dari 2 bulan, dah boleh petik n makan..tp kenalah dimasak dulu. Kami tanam dalam kuantiti yg sedikit.

Ada juga sawi kami yg diserang oleh serangga tapi kami tak bagi racun sbb kami utamakan racun utk pokok cili padi. Lagipon mereka tu dah duduk setempat, kira berjiranlah so secara tak langsung, bila kami meracun pokok cili padi, pokok sawi pon ada la juga terkena tempiasnya. :)

24 Jan 2010

Masa ni anak benih baru berusia 2 minggu. Mase mula2 tabur anak benih, terasa lama sangat nak bercambah dan membesar tapi lebih kurang 2 minggu kemudian, alih2 terus nampak anak pokok seperti gambar di bawah ni. Jadi kalau anda mengalami situasi yg sama seperti kami, jangan cepat panik dan risau ya. Terus menanti dengan bersabar. Tapi kalu dah 1 bulan biji benih tak bercambah, cepat-cepatlah tabur biji benih sbb mungkin biji benih tu dah dimakan dek semut atau yang seangkatan dengannya.
31 January 2010

Enam hari kemudian..tuan-tuan dan puan-puan, seeloknya tabur tak lebih 5 biji benih pon dah cukup. tapi mase ni, tak taulah lori benih sawi tertumpah agaknya ni. 10 February 2010

Sawi dah boleh dipetik dah.Inilah akibatnya kalu termurah hati nak tabur biji benih. Sawi jadi pon terbantut sbb masing-masing berebut nak cahaya matahari. Ingat tak dulu kami pernah cerita tentang sayur kailan boleh berfungsi sebagai tanaman perangkap? Sila rujuk entry kami tentang kailan. Ni ada rahsia untuk dikongsikan bersama. :) Pada penanam cili khasnya, elok tanam kailan di luar pagar atau luar kawasan cili kerana serangga2 gemar pada kailan. Jadi gunakan kailan ni sebagai perangkap. Bila dah agak byk serangga terperangkap pada kailan, semburkan racun byk2 dan buang @ bakar kailan tersebut. :) Kalau kita tanam kailan dalam kawasan cili, makin banyak serangga akan masuk ke dalam kawasan cili. Jadi, pilihlah mana satu yang anda ingin cuba.

Ops.. yang terakhir untuk dikongsikan bersama, Pokleh dulu mase jual kailan kt kedai n pasar, pernah juga tanya ttg sawi tp peniaga semua ckp, stok sawi terlalu byk di pasaran. Jadi, kalau anda masih minat nak tanam sawi, carilah dulu pemborong tetap supaya anda tak susah di kemudian hari. Sampai di sini sahaja buat kali ini. Harap en Jojo dan pembaca semua berpuas hati. Selamat Bercuti... :)

** to my best fren, yg sambut birthday hari ni, heppi besday ek. semoga panjang umo, murah rezeki n yg plg penting, semoga diberi hidayah dariNya..amin.. ;) **

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my