Followers

Wednesday, October 28, 2009

Dah mula berbuah

Minggu ke 4 (24 October 2009)

Alhamdulillah... Genap sebulan anak pokok telah selamat dipindahkan ke dalam polybeg. Saban minggu menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan. Kini anak pokok kami telah pun berbuah.
Pok Leh

Jom kita jalan-jalan lagi (Part 3)

Ingat lagi tak kami pernah cerita tentang benih Centill yang turut menjadi pilihan EZR Agro? Kalau tak ingat sila klik HPPNK Part 1dan HPPNK Part 3. Kali ni kami berpeluang mengunjungi ladang EZR Agro Tropika. Haa..minggu lepas sebenarnya kami banyak mengadakan lawatan secara tak formal ke ladang-ladang fertigasi. Lawatan ke ladang EZR ini merupakan lawatan terakhir kami pada minggu lepas. Jom kita tengok mcm mane rupa ladang EZR ini dengan lebih dekat.

Masih lagi mengekalkan cili padi variety Centill di ladang mereka
Ladang mereka di sini tidaklah berapa luas kerana di sini hanyalah sebagai "showroom" mereka sahaja.
Menurut Encik Norizan, benih Centill diakui berkualiti tinggi dan tahan penyakit, hasilnya memenuhi citarasa penggemar masakan pedas, dan tidak hairanlah benih ini dijual pada harga yang mahal kerana nilainya adalah cukup berbaloi. Anak pokok cili padi Centill yang baru disemai
Encik Norizan sedang menunjukkan "tempat kegemaran" serangga di sebalik daun. Walaupun lawatan kami ini secara mengejut, tapi Encik Norizan tidak lokek ilmu dan sudi berkongsi dengan kami. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga EZR Agro yang sudi meluangkan masa mereka pada petang itu.

Jom jalan-jalan lagi (Part 2)

Kali ni kami nak bawa anda jalan-jalan lagi. Jom kita melawat "Tapak Projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan", milik Jabatan Pertanian di Melaka.
Salah satu hasil tanaman di sini, tomato. Lot tomato ini telah diuruskan oleh Encik Fendi.
Rumah penyemaian biji benih
Blok yang menempatkan tangki air. Untuk makluman anda kesemua lot tanaman di sini menggunakan kaedah fertigasi.
Lot yang diuruskan oleh Encik Fendi. Lot untuk tomato aje dah cukup besar. Belum lagi lot tanaman lain. Di sini ada pelbagai jenis tanaman, antaranya timun dan cili. Setiap lot ini dijaga oleh pengusaha yang berlainan. Memang bertuah Encik Fendi sebab terpilih untuk mendapat lot di sini.
Pokok tomato yang telah habis musim dan menunggu masa untuk digantikan dengan pokok baru
Menurut Encik Fendi, untuk mendapatkan lot tanaman di sini, perlulah menyertai kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian. Kursus tersebut diadakan selama 8 bulan berserta elaun. Maklumat lanjut boleh didapati di suratkhabar.
Akhir skali, jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Fendi di atas info-info yang diberikan dan sudi membawa kami melawat ladang tomatonya. Siap bagi buah tomato free lagi tu.. hehe..

Saturday, October 24, 2009

Jom jalan-jalan (Part 1)

Kali ni bukan kisah di kebun Pokleh, tapi di kebun Encik Shahrizan, Klebang. Kunjungan kami ke sini tak lain tak bukan, untuk bertukar2 info dan menuntut ilmu. En Shahrizan juga baru berjinak-jinak dengan dunia fertigasi ini tapi pengalamannya cukup luas dalam bidang ini. Pelbagai tanaman diusahakan di kawasan rumahnya, antaranya, cili besar, cili padi, tomato, kobis, kailan limau nipis dan juga anggur.

Petua dari Encik Shahrizan untuk hapuskan lalat putih, cili padi + bawang putih + air, dikisar. Ambil airnya dan semburkan pada pokok. Semburan dilakukan pada waktu pagi.

Pokok cili

Pokok tomato

Pokok Kobis

Tuesday, October 20, 2009

Fresh Fish Mini Market

Kepada penduduk sekitar Kuala Lumpur, tidak lama lagi anda bolehlah dapatkan (bayar tau..bukan free :D) cilipadi dan kailan hasil Kebun Pokleh di mini market ni. Pelbagai produk segar seperti ikan dan sayur-sayuran ada di sini. So, kalau nak beli untuk bekalan di kedai-kedai makan, restoran, ataupun kegunaan isi rumah, jangan lupa berkunjung ke sini ya.
Tokei kedai.. Puan Aleeza.
Alamat dan tarikh pembukaan…akan diberitahu kelak. Kedai masih lagi dalam proses renovation.

Monday, October 19, 2009

Anak pokok dah berbunga??

Minggu ke 2 di dalam polybeg (10 Oct 2009)
Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 2 pokok berada di rumah baru mereka. Dan sepanjang 2 minggu ni juga, mereka semua kelihatan “masih hidup” dan segar-bugar di dalam kediaman masing-masing.Minggu ke 3 (17 October 2009)

Haa..masuk minggu ke 3 ni mcm pelik sket. Bukan ape.. anak pokok kini dah mula berbunga!! Ini satu perkembangan menarik di kebun Pokleh. Bukan 1-2 pokok yang berbunga, malah boleh dikatakan hampir semua telah mula mengeluarkan putik bunga.

Gotong Royong

Acara gotong royong kini bukan sahaja menjadi tradisi pelajar-pelajar sekolah, penduduk perumahan tapi juga turut diserapkan di kebun Pokleh. Amalan murni ini bukan sahaja dapat menambahkan pahala malah amat bagus untuk kesihatan. Tidak perlu mengeluarkan duit untuk ke gym dan sauna, cukup dengan bergotong royong di kebun Pokleh, pasti berbaldi- baldi peluh keluar. Jom tengok apa yang mereka buat di kebun Pokleh pada 11 October yang lalu.
Kedatangan mereka memang amat dinanti-nantikan
Mula-mula kita bagi peluang mereka tinjau kebun Pokleh dahulu
Bagi peluang berkenalan dengan pokok cili
Bagi peluang jadi model ala-ala America’s next top model
Jeng..jeng..jeng…
Berpeluh masing-masing dok masukkan sekam ke dalam polybeg. Tp masing-masing masih control ayu (untuk 30 mins pertama aje laa..)
Macam mengisi serunding daging ke dalam plastik. Sekam dimasukkan dengan penuh berhati-hati. Nasib baik bukan serunding, kalu tak, sambil masuk plastik, sambil masuk mulut skali.
Apabila tokey laundry kena bermain dengan tanah.. huhu
Seronok sebenarnya acara pada petang itu. Sambil buat kerja amal, sambil bercerita tentang masa hadapan dan juga masa lampau. Huhu.. Terima kasih untuk peserta-peserta yang terlibat pada petang itu.
Terima kasih daun keladi, lain kali tolong lagi :D

Monday, October 5, 2009

Pokok Hiasan

Pokok cili bukan sahaja boleh membawa rezeki tetapi juga boleh dijadikan pokok hiasan. Cantik tak? Salah satu pokok cili dari kebun Pokleh yang dijadikan pokok hiasan di rumah Pokleh


Beraya di Kebun Pokleh

Kungjungan Pak Long dan family pada 2 Syawal yang lalu, menyeretnya untuk berkunjung lagi ke istana hinggap di kebun Pokleh. :) Terima kasih Pak Long sebab sudi datang. Bak kata pengunjung lain, kalau dah datang kebun Pokleh skali, mmg rase nak dtg lagi..huhu.. berbaloi-baloi.

Macam pegawai dari jabatan pertanian tak?

Apabila tauke laundry memasak.. tak sangka ada bakat memasak rupanya. hehe..

Dia masak..dia makan..dia masak..dia makan..patut tak siap2.. hehe

Pindah Rumah Baru

Sebulan sudah anak pokok duduk dalam tray, skang ni masanya untuk mereka bertugas. Tapi kita kena pindahkan dulu anak2 pokok ni ke dalam polybeg. Jom kita tengok pula keadaan anak pokok setelah mendapat rumah baru.
Keadaan anak pokok sejurus selepas dipindahkan (23 September 2009)
Hari ke dua duduk dalam rumah baru (25 September 2009)

Seminggu kemudian (3 October 2009)
To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my