Sekarang ini di Melaka International Trade Center (MITC) sedang berlangsungnya HPPNK 2009 bermula dari 10hb hingga 16hb August (jam 10am- 10pm). Oleh kerana lokasinya tidak jauh dari tempat tinggal kami, kesempatan ini kami gunakan untuk menyaksikan dengan lebih dekat lagi aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan yang dipamerkan. Pelbagai booth terdapat di sini. Memandangkan kawasan pameran yang besar dan masa kami yang terhad, jadi kami hanya melawat booth pertanian terlebih dahulu. InsyaAllah, jika ada peluang, kami akan mengunjungi HPPNK ini lagi.
Untuk entry kali ini, kami ingin mengetengahkan dahulu perihal benih Centill. Sebenarnya ada lagi info-info yang ingin kami kongsikan setelah berkunjung ke HPPNK ini. InsyaAllah, kami akan siarkan untuk entry akan datang mengenai teknik terbaru untuk menggantikan dripper, dan juga aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di HPPNK ini. Kepada para usahawan tani dan juga individu-individu yang tinggal berdekatan dengan area Melaka, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke HPPNK ini sementara masih ada di MITC. Rugi kalau tak pergi!!!
Sebenarnya satu kejutan untuk kami kerana akhirnya kami terjumpa sebuah booth (EZR Agro Tropika) yang mempamerkan cili padi dari benih yang sama seperti di kebun Pokleh gunakan iaitu Centill. Sempat juga kami bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu dengan penjaga booth ini. Menurut kakitangan booth ini, benih Centill ini berasal dari Taiwan dan mereka juga mengakui yang ia lebih pedas berbanding benih lain. Bukan mahu menafikan hasil benih keluaran tempatan, tetapi kami menggunakan Centill ini kerana telah disyorkan oleh beberapa pihak dan ini semua hanya untuk percubaan di kebun Pokleh.
Deretan pokok cili padi Centill yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi dipertontonkan kepada orang awam
Set fertigasi juga turut dijual bagi yang ingin mencuba menanam dalam kuantiti yang kecil. Harga cukup berpatutan.
No comments:
Post a Comment