Followers

Thursday, July 22, 2010

Jom sambung balik!

Mungkin ada yang tak berape nak kenal sangat rupa paras pokok cili padi yg dah ibarat "tunggu mase" aje ni. Jom kita sama-sama tengok.. daun semakin menguning dah kering akibat kurang baja dan air
lebatkan buah cili?rata-rata pengamal fertigasi gemar menghadkan usia pokok antara 5-6 bulan sbb nak kekalkan kualiti dan saiz cili padi. tapi kami di kebun Pokleh, tak sanggup nak buang pokok2 yang dah lebih 6 bulan kerana buahnya semakin lebat, walaupon saiznya semakin mengecil. nak tau kenapa? para peniaga di pasar sanggup beli cili padi kami dengan harga rm 13 ringgit sekilo. menurut mereka, cili kami seperti cili padi kampung yg ori..yg memang dicari2 oleh pembeli. so..selagi ade permintaan..selagi tu kita "simpan" pokok-pokok ni semua. ;-) Alhamdullilah..banyak juga komen positif yang kami terima daripada mereka yg pernah merasa cili padi kami. Rata-rata mengakui cili padi kami amat pedas walaupon saiznya semakin mengecil akibat pokok semakin berusia. Jadi bagi anda yg pernah membeli biji benih dari kami, jangan risau, anda tak kan rugi. ;-) Bagi kami juga, memang berbaloi-baloi kerana harga yang dikeluarkan untuk membeli sepeket benih centil walaupon sangat mahal, namun kepedasannya berkekalan sepanjang musim.

Dah lama tak berblog, sebelum mengakhiri cerita kami kali ni, kami berbesar hati nak ucapkan jutaan terima kasih dan syabas untuk rakan-rakan seperjuangan kami semua, terutamanya untuk :-

>>Anda yg sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan kami di blog kebun Pokleh. Harap cerita kami kali ini dapat menyumbangkan lagi sedikit ilmu untuk anda

>>Kepada student2 yg sudi jadikan blog kebun Pokleh sebagai salah satu bahan rujukan, semoga adik-adik semua mendapat manfaat dari blog kami

>>Utk En Saifuzam & isteri dr tangkak, syabas kami ucapkan walaupon menghadapi kegagalan dalam projek permulaan beliau, namun beliau masih bersemangat dan tak putus asa untuk meneruskan projek fertigasinya. Kami juga pernah menghadapi kesulitan di awal pembabitan kebun Pokleh ni, ape yg penting, jangan cepat mengalah. Kena terus pandang ke depan

>>Untuk tuan-tuan dan puan-puan yg tlg membeli benih dr kami, serta abg mie di Genting Highlands, "Selamat datang ke dunia pertanian"

>>Kepada tauke laundry, papa njah n mummy, semoga laundry semakin murah rezeki

>>Tak lupa juga kepada melurhunny, tauke coklat di KL, terima kasih untuk sample coklat yg besh sgt tu

>> Untuk bakal usahawanita, merangkap mummy itik di melaka, hehe..jangan lupa telur masin utk Pokleh yaa... huhu

>> Kawan2 & saudara mara yg sentiasa bg sokongan kpd kami dan memahami kebizian kami sehingga dah kurang masa utk "berpelesaran" mcm dulu ;-)

>> opss..tak lupa juga untuk tokeh air buah yg hari2 sudi bawakkan ice limau utk sy... sedappp sgt. sy suke! semoga kedai makan anda semakin maju dan maju dan maju..

Aminnn...


To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my