Followers

Tuesday, July 28, 2009

Selingan Jap..

Wanita berusia 20 tahun korban keempat H1N1 di Melaka

PUTRAJAYA: Satu lagi kematian akibat H1N1 di negara ini membabitkan seorang wanita berusia 20 tahun yang dirawat di sebuah hospital di Melaka, menjadikan jumlah keseluruhan empat kes setakat ini. Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican dalam sidang akhbar di sini, pagi ini.


Awas kepada penduduk di Negeri Melaka dan juga kawasan yang berhampiran. Virus ni lebih kejam @ teruk dari makhluk asing yang sedang mengganas di Kebun Pokleh.

Maklumat influenza A(H1N1) termasuk aktiviti pencegahan boleh didapati melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my/ dan http://h1n1.moh.gov.my/ ataupun melalui Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan 03-88810200, 03-88810300, yang beroperasi antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.

Serangan Makhluk Asing Part 2

Hujung minggu yang lalu, belek punya belek tiba-tiba tangan ni tergerak nak tengok daun cili. Patutlah, rupa-rupanya ade pesta mahkluk asing di kebun Pokleh. Tangan ni pon apa lagi, dengan kadar pantas mencantas semua daun-daun yang diserang makhluk asing ini. Makhluk asing ini dipercayai baru sahaja bertapak di daun pokok tersebut kerana keadaan daun-daun yang lain, masih lagi elok dan tidak terdapat sebarang kerosakan. Mujur cuma 1 pokok sahaja yang diserang oleh mahkluk asing ini. Adakah ini yang dinamakan Hamama, Aphids dan yang seangkatan dengannya? Penjelasan dari rakan-rakan tani dan juga pakar-pakar tani amat diperlukan. Racun jenis apakah yang sesuai digunakan untuk menghapuskan makhluk asing ini?

Tuesday, July 21, 2009

Makhluk Asing di Kebun Pokleh

Hamama (Polyphagotarsonemus latus)
Ciri-ciri pokok yang telah diserang oleh makhluk gemok gedempul ni ialah daun menjadi kerekot, kerinting, mengecil dan pertumbuhan pokok akan terbantut. Daun juga akan bertukar menjadi warna perak dah gugur. Mahkluk asing ini gemar menyerang pada musim panas.
Diketuai oleh Aphid (Aphis craccivora)...kaum kerabatnya terdiri daripada A. gossypii, A. spiraecola, Myzus persicae, Toxoptera citricidus, Hysteroneura setarieae, Rhopalosiphum maidis. Mereka berasal dari keturunan Aphididae iaitu keluarga kutu. Mereka adalah agen pembawa (vektor) virus mozek. Mengakibatkan pertumbuhan daun terbantut, kerinting, kehijauan daun tidak seragam, berbelak hijau tua dan hijau muda. Urat daun berkerekot dan daun muda menjadi tirus dan keras. 1 info menarik mengenainya ialah,penyakit ini telah dikesan buat pertama kali di dunia bertempat di Malaysia.

Persoalannya di sini, adakah makhluk-makhluk asing ini juga yang telah menyerang pokok cili di kebun kami? Ciri-ciri tersebut ada pada pokok kami tapi tidak dapat dikenalpasti apa penyakit sebenar memandangkan kami kurang berpengalaman. Tindakan pantas yang kami ambil ialah dengan meng-quarantine-kan pokok-pokok yang disyaki. Memandangkan pokok-pokok tersebut sedang rancak mengeluarkan buah, kami terpaksa membiarkan dan sedang dalam proses merawat penyakit ini. Diharapkan juga kepada pakar-pakar @ rakan-rakan tani yang terbaca entry ini, untuk memberikan idea dan bantuan kepada kami.

Hanya menunggu masa utk matang

Bomoh Lalat??

Di kebun pokleh, kami menggunakan khidmat bomoh lalat utk menghalau lalat buah dari kawasan kebun. Boleh dikatakan 99.9% lalat buah berjaya ditawan oleh bomoh lalat ini. Bomoh lalat atau pakar lalat ni, hanya didatangkan khas utk kebun pokleh. :) Antara peralatan yang digunakan ialah botol minuman kosong, sebaldi air paip, tisu, gunting, pisau, dawai halus, ubat yang telah dijampi dan tak lupa juga tuala untuk mengelap peluh :D

Pada bahagian tengah botol, ditebuk seperti tingkap untuk pergerakan keluar masuk lalat. Kemudian, lubang kecil ditebuk pada penutup botol. Gulungkan tisu (tisu saiz kecil memadai). Kemudian dawai dililitkan pada tisu dan diikat pada penutup botol. Dawai dibiarkan panjang supaya boleh digantung. Akhir sekali, botol2 tersebut diisi dengan air paip.

Proses menggantikan kandungan botol dengan air yang baru. Kita dpt saksikan reaksi muka mereka yang kelihatan serius menahan bau busuk air lalat yang telah digantung selama 2 minggu. Hehe.. Bomoh dan pembantunya saling berkerjasama. (yg mane 1 bomoh, yg mane 1 pembantu, hanya mereka sahaja yg tahu)

Tisu yang diikat pada dawai dan penutup botol dicelupkan ke dalam ubat lalat.

Kemudian tutupkan botol dengan penutup yang telah dicelupkan tisunya ke dalam ubat lalat sebentar tadi.

Seterusnya gantungkan botol di sekitar kawasan kebun. Dalam masa tidak sampai 1 jam, anda boleh lihat lalat-lalat buah mula mendekati botol tersebut kerana tertarik dengan aroma yang ada di dalam botol tersebut. Untuk makluman, botol ni boleh dibiarkan selama 1 minggu.

2 minggu kemudian, inilah hasil bomoh lalat.

Finally..inilah rahsia kami… ubat lalat ajaib.. Flymone. Kepada yang berminat utk mencuba ubat lalat Flymone, harganya tak mahal dan kami ada menjualnya. Sebarang urusan, sila emel ke kebunpokleh@yahoo.com.my.

Sunday, July 19, 2009

Rehat Sebentar...

Hari ni tak sempat nak update aktiviti last weekend. Tp sy ada klip yg ingin dikongsikan bersama-sama sejenak. Klip ni dihantar oleh seorg teman, Encik Amizan dari Tourism Malaysia. Mari kita saksikan keajaiban berlaku apabila azan melaungkan

"Aku Naik Saksi Bahawa Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah"

Monday, July 13, 2009

Kunjungan keluarga Puan Aliza, KL

Jutaan terima kasih kepada Puan Aliza sekeluarga yang sudi singgah ke kebun pokleh pada hari ahad baru-baru ini.






















Saturday, July 11, 2009

Pokok cili dah berbuah

Alhamdulillah, pokok cili padi kami telah mula mengeluarkan hasilnya. Semoga terus berbuah dan berbuah :)











































Thursday, July 9, 2009

Pokok cili padi dah mula berbunga

Pokok cili kami kini telah berusia 2 bulan dah sedang mula mengeluarkan bunga















Lawatan di Kebun Pokleh

Baru-baru ini kami telah menerima beberapa kunjungan lawatan di kebun pokleh. Kunjungan ini secara tidak langung telah menaikkan semangat kami untuk berusaha lebih keras lagi bagi kejayaan kebun pokleh ini.

Kunjungan keluarga Encik Wan, Kuala Lumpur







Kunjungan dari keluarga Puan Roslina, selaku mentor kami. Puan Roslina juga salah seorang pengusaha kebun cili di Tangkak. Puan Roslina dan suami banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami. Ribuan terima kasih diucapkan kerana mereka tidak lokek ilmu dan sentiasa sudi berkongsi pengalaman mereka dalam mengusahakan tanaman cili bersama kami.



















Jom intai

Sementara menunggu perkembangan cili padi, jom kita intai ape yg berlaku disebalik kerja-kerja "menaiktaraf" kebun ni dari awal hingga ke hari ini.

Monday, July 6, 2009

Transformasi

Selepas seminggu menjalani proses transformasi, boleh dikatakan hanya 30% anak pokok kami hidup dengan segar. Sebagai pengusaha yang baru belajar dan mentah dengan pengalaman, kami tidak mudah berputus asa dan kami anggapkan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam bidang yang baru kami terokai ini. Antara yang kami hadapi ialah masalah daun menjadi sedikit kuning, daun dimakan serangga, anak pokok tumbang di dalam polybag dan terdapat juga anak pokok yang layu. Setelah dikaji punca-punca masalah, kami dapati daun menjadi kuning adalah disebabkan kekurangan baja, manakala anak pokok tumbang adalah kerana menanam anak pokok terlalu dalam semasa memindahkan ke polybag dan anak pokok layu kerana saluran dripper yang tersumbat lalu menyukarkan baja dan air sampai ke anak pokok tersebut. Daun yang dimakan serangga telah dibuang dan kesemua pokok telah diberi racun serangga mengikut kadar yang telah ditetapkan. Anak pokok yang tumbang dan layu dicabut dan dibuang, seterusnya digantikan dengan anak pokok yang baru. Bagi daun yang kuning, kami telah tambahkan sedikit baja bagi mengawal keadaan pokok tersebut. Alhamdulillah, selepas seminggu dirawat, daun pokok cili tersebut telah menjadi hijau kembali dan semakin mengeluarkan daun yang lebat.

TIPS: Sewaktu memindahkan anak pokok ke dalam polybag, jangan tanam anak pokok terlalu dalam. Cukup dengan menekan sedikit sahaja agar tidak berlaku masalah anak pokok tumbang. Dan yang penting, sewaktu pengairan dan pembajaan dilakukan, luangkan sedikit masa untuk memeriksa keadaan saluran dan dripper pada setiap pokok. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan baik.

13 June 2009
Keadaan anak pokok selepas seminggu dipindahkan ke dalam polybag.

Pemindahan anak pokok

Proses pemindahan anak pokok ke dalam polybag
Genap hari ke 30, anak benih yang telah bercambah di dalam tray bolehlah dipindahkan ke dalam polybag bagi menjalani proses tumbesaran.

TIPS: Waktu yang sesuai untuk pindahkan anak benih ke dalam polybag ialah pada waktu petang iaitu sekitar jam 5.00 petang.

5 June 2009

Anak pokok yang sudah siap sedia untuk dipindahkan ke polybeg.




















Penyediaan polybag

30 May 2009
Kami menggunakan sekam padi yang telah dibakar dan juga sabut kelapa yang telah diproses sebagai media untuk tumbesaran pokok cili di kebun kami. Kandungan sekam padi dan sabut ini adalah neutral maka ia senang dipelbagaikan. Sekam padi dan sabut kelapa digaulkan bersama, kemudian dimasukkan ke dalam polybag. Polybag ini dibiarkan selama 5 hari dan disiram dengan air hanya sekali sehari. Berdasarkan pengalaman kami, proses penyediaan polybag ini juga tidak sukar tetapi memerlukan tenaga yang secukupnya.

































Penyediaan anak benih cili padi

Proses penyediaan anak benih

Proses penyediaan anak benih ini cukup mudah. Kami hanya memilih anak benih yang bermutu tinggi untuk disemai. Bagi anda yang tidak berpengalaman dan baru sahaja ingin cuba menyemai sendiri anak benih, di sini kami berikan sedikit tips sebagai panduan yang berguna untuk anda.

1. Benih direndam selama 2 jam kemudian tus dan gaulkan dengan racun kulat (thiram)
2. Sediakan tray khas untuk tapak semaian anak benih. Penuhkan tray tersebut dengan tanah (peat moss)
3. Gunakan penyepit khas atau sarung tangan semasa memasukkan biji benih ke dalam tray
4. Setiap lubang tray boleh dimasukkan sebanyak 1 hingga 2 biji benih (sebagai back-up)
5. Jangan tekan biji benih terlalu dalam atau hingga tenggelam di dalam tanah
6. Setelah selesai masukkan biji benih ke dalam semua lubang tray, tutupkan tray dengan plastik hitam
7. Biarkan tray tersebut di dalam tempat gelap selama 4 hari. Dalam masa 4 hari, biji benih akan mula bercambah
8. Sepanjang proses tersebut, siram air menggunakan semburan halus sebanyak 2x sehari (pagi dan petang)
9. Selepas 4 hari, letakkan tray tersebut di tempat yang redup
10. Selepas itu, renjis dengan air pada waktu pagi dan petang. Hormon untuk pembesaran juga diberikan sekali seminggu.
11. Biarkan anak benih terus bercambah hingga mengeluarkan daun selama 30 hari

TIPS: Kepada anda yang ingin membeli anak pokok yang telah siap disemai, dinasihatkan agar berhati-hati semasa membeli. Pastikan tiada sebarang benah atau kulat pada pokok tersebut. Jika anda ingin menyemai sendiri, digalakkan supaya sediakan tempat khas untuk semaian dan jauhkan dari sebarang tumbuhan dan serangga.


Biji benih telah mula bercambah pada hari ke lima


Tray ditutup dengan plastik hitam selama 4 hari. Letak ubat penghalau semut disekeliling tray bagi mengelakkan biji benih dimakan semut

Biji benih diletakkan di dalam tray

Sunday, July 5, 2009

Proses pemasangan plastik silver shine dan sistem fertigasi

Plastik Silver Shine ini dipasang bagi mengelakkan rumput tumbuh di sekitar kawasan tanaman pokok cili. Selain itu plastic ini juga berfungsi untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit yang diakibatkan oleh tanah di sekitar kawasan tanaman.


TIPS: Hasil beberapa tinjauan dan temubual yang telah kami lakukan terhadap pengusaha-pengusaha tanaman cili secara fertigasi ini, mereka menasihatkan agar menutup keseluruhan kawasan tapak tanaman dengan menggunakan plastik Silver Shine sebagai langkah pengawalan dan pencegahan penyakit.















Pembinaan pondok dan memasang pagar

6 April 2009, Proses Pembinaan Pondok dan Bangsal

Tujuan pembinaan pondok adalah sebagai tempat untuk berteduh dan beristirehat. Manakala bangsal yang didirikan bersebelahan dengan pondok ini pula dijadikan stor untuk menyimpan
barang-barang pertanian seperti tangki air, baja dan peralatan kebun yang lain.





































16 May 2009, Proses Memasang Pagar

Pagar didirikan bagi mencegah serangan jangkitan wabak penyakit daripada kawasan persekitaran. Selain itu, fungsi pagar ini juga adalah untuk mengelakkan pencerobohan binatang liar seperti monyet dan juga haiwan ternakan penduduk kampung. Untuk makluman anda, pokok cili padi ini tidak sukar dari segi proses penanaman tetapi amat cerewet dari segi penjagaan. Cili padi mudah dijangkiti penyakit jika kita tidak mengambil berat tentang langkah-langkah penjagaan dan pencegahan.

TIPS: Elakkan puntung dan asap rokok serta segala jenis pokok yang berduri dan berbulu bagi mencegah jangkitan penyakit terhadap pokok cili.

















To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my