Followers

Tuesday, January 12, 2010

Tanam lagi..

Dah lama kita tak tengok perkembangan pokok cili padi pokleh kan? Mase musim hujan lebat last year, byk juga pokok cili kami terpaksa dikorbankan mungkin juga kerana pokok dah di penghujung usia. Walaupun begitu, kami tak pernah mengganggap projek kami gagal kerana semua yang berlaku merupakan salah satu cabaran dalam bertani. Alhamdulillah..kami puas hati jugalah sbb pokok2 tu sume sempat memberikan hasil pada kami.
Pada penghujung 2009, kami semai lagi 5 tray anak pokok cili padi centil dan minggu lepas, 4 tray anak pokok telah selamat dipindahkan ke polibeg. 1 tray lagi ditinggalkan sebagai back up. Jom kami bawa anda tinjau keadaan anak pokok yang baru dipindahkan.

Untuk semaian kali ni, kami rendamkan dahulu anak benih dalam sedikit cecair Brogard. Kirenya untuk merawat anak benih la ni.

Seminggu kemudian...
Kerja-kerja transformasi anak pokok ke polibeg dilakukan oleh pakar kami. huhu..
Ok..sekian saja buat kali ni. Nanti pokok dah berbunga..kami update lagi ya..


Monday, January 4, 2010

Jom tengok Hang Tuah!!

Salam 2010 untuk semua pembaca setia dan pembaca baru blog Kebun PokLeh. :) Kali ni kami nak bawa anda jalan-jalan di Pameran Hang Tuah Jaya yang telah berlangsung pada 31 December 2009 sehingga 3 Januari 2010. Pameran ni diadakan sempena Pengisytiharan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka. Tajuk aje gempak! Mane ada Hang Tuah kat sini. Hang Buah ada la. :)
Jom kita masuk dalam dewan MITC ni! Wah...siap ada red carpet. Mase ni malam ke dua pameran berlangsung. Tak ramai sangat pengunjung, mungkin semua orang sedang bercuti-cuti Malaysia kut, maklumlah..nak abes kan cuti tahun 2009 ;)
Masuk aje dalam MITC ni, terus aje terpandang pokok cili padi. Kegairahan kami pon bermulalah bila dah nampak pokok-pokok ni. Dan seperti biasa, EZR pon join sama dalam pameran ni. (Promote sket2 cukuplahkan..hehe)
Ni lah dia "Hang Buah"
Kalau nak tau.. Pok Leh adalah pesara JKR :)
Eh..eh... CTRM pon ada join juga kat sini.. huhu..
tumpang glamour jap
Secretani pon ada kat sini

Ok lah sampai di sini saja buat kali ni. Pameran ni pendek aje sbb booth yg dibuka pon tak banyak. Nanti kalau ada lagi mane2 pameran, kami update lagi ya..
Teruskan bersama2 kami di kebun Pokleh!



To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my