Followers

Tuesday, August 25, 2009

HPPNK (Part 6) : Alternatif Dripper

Seperti yang telah kami janjikan pada entry yang lalu, kali ini kami ingin berkongsi satu lagi info menarik yang kami peroleh di HPPNK, MITC baru-baru ini. Ini merupakan salah satu teknik bagi menggantikan penggunaan dripper pada sistem fertigasi ini. Terdapat 2 tujuan utama teknik ini diperkenalkan iaitu untuk mengurangkan kos dan juga mengatasi masalah dripper tersumbat. Tetapi sejauh mana keberkesanan teknik ini, tak dapat lagi dikenalpasti. Kalau anda berminat, silalah cuba.
1) Tiub dipotong pendek seperti ini.

2) Kemudian tebukkan lubang kecil pada tiub tersebut.

3) Dengan menggunakan mini tiub dari saluran sistem fertigasi anda, cucukkan mini tiub tersebut ke dalam lubang yang telah ditebuk seperti gambar di bawah
4) Akhir sekali, cucukan tiub tersebut pada polybeg anda
Senang aje kan? Seperti yang kami nyatakan di atas, sejauh mana keberkesanannya masih lagi samar-samar jadi apa kata, kalau anda berminat, bolehlah cuba. Terima kasih kepada staff EZR Agro yang sudi berkongsi info ini bersama kami.

Ramadhan oh Ramadhan

Walaupun Ramadhan menjelma, kerja-kerja di kebun tetap berjalan seperti hari-hari biasa. Kalau weekdays, Pokleh lah yang menjadi “penunggu” di kebunnya, tapi setiap kali hujung minggu, tugas-tugas menjadi “penunggu” ini diambil alih pula oleh anak-anak Pokleh. Memang tiada istilah rehat bagi kami sejak mengusahakan kebun Pokleh ini. Acara santai di hujung minggu telah lama dilupakan. Cuti hujung minggu yang singkat kami manfaatkan sebaiknya di kebun Pokleh. Kalau pun terasa sangat ingin berehat, apa lagi.. mc la jawabnya. Pastu cabut gi PD..Huhu… Memang banyak juga rungutan dari kawan-kawan sebab dah takde masa lagi nak enjoy2 macam dulu. Tapi lama kelamaan bila mereka tengok “kegelapan” ton kulit kami dan juga perkembangan kebun melalui blog ini, akhirnya mereka faham situasi kami. Malah ada juga antara mereka kini mula berminat dengan cucuk tanam ni. Welcome to the club!!

Kami sebenarnya dalam proses menyiapkan kelengkapan untuk tanam cili padi fasa ke dua. Mudah-mudahan tiada lagi aral melintang untuk fasa ke dua ini. Alhamdulillah, dalam minggu ini juga banyak tempahan alat-alat pertanian yang kami terima. Untuk makluman, kami bukan sahaja menjual cili dan kailan, tetapi peralatan pertanian seperti polybeg, baja, set mini fertigasi, benih, dripper, nipper, dan sebagainya turut kami jual. Jadi kalau anda berminat, bolehlah hubungi kami di kebunpokleh@yahoo.com.my.

Satu lagi berita gembira yang kami terima, kini sayur kailan kami telah mendapat tempahan untuk setiap minggu dari pasar berdekatan. Malah peniaga di pasar tersebut turut memuji kailan kami kerana nampak segar dan tiada kesan racun pada kailan tersebut. Kailan tersebut juga tidaklah terasa pahit sangat seperti kailan-kailan yang biasa. Alhamdulillah, tak sia-sia pengorbanan kami selama ini. Walaupun harga yang ditawarkan agak rendah, tapi apa yang penting bagi kami adalah untuk mendapatkan tempat di pasaran. Untuk permulaan, kami terima apa sahaja harga yang diberikan selagi ianya berpatutan. Almaklumlah, kami kan dalam proses belajar untuk menjadi petani moden dan juga peniaga.

Setelah 7 bulan menjalani hidup sebagai petani, berpanas terik, berhujan, bermandi peluh dan yang seangkatan dengannya, kami semakin seronok hidup sebagai petani. InsyaAllah, kami akan teruskan projek tanaman fertigasi di kebun Pokleh selagi terdaya.

Thursday, August 20, 2009

Pesta Kailan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak untuk semua pengunjung blog kebun Pokleh yang beragama Islam. Minggu ini agak terlewat sedikit kami mengemaskinikan blog. Almaklumlah, banyak urusan yang perlu diselesaikan. Salah satunya, kami kini telah mendaftar sebagai sebuah syarikat enterprise di bawah nama Noorashireen Agro Biz Ent. :)

Finally, projek kailan fertigasi kami telah mula menampakkan hasilnya. Alhamdulillah, untuk sessi petik-memetik kali pertama ini, kami telah berjaya memetik sebanyak 8kg kailan. Jumlah ini hanya melibatkan tidak sampai sebaris pokok kailan yang ditanam di kebun Pokleh. 3kg kailan telah dibeli oleh kedai runcit berdekatan manakala 3kg lagi telah dihantar ke sebuah restoran. Malah restoran tersebut juga telah menempah lagi 3kg kailan daripada kami. Ini merupakan penanda baik untuk kami. Walaupun pasaran kailan di kedai-kedai runcit agak kurang memberangsangkan, tapi jangan risau kerana pengusaha restoran pasti menerima kailan anda.

Proses Tanaman Kailan
1. Sediakan polybeg yang telah diisi dengan campuran sabut dan sekam padi
2. Taburkan 2-3 biji benih kailan ke dalam setiap polybeg tersebut. (Tak perlu disemai di dalam tray)
3. Baja diberi 2 kali sehari untuk pokok kailan iaitu pada waktu pagi dan petang
4. Di kebun Pokleh, kami juga menanam kailan berselang seli dengan pokok cili padi. Cara ini telah diajar oleh salah seorang “Sifu Fertigasi” kami. (Hasil pemerhatian kami setakat ini, cara ini tidak memberikan sebarang ancaman kepada cili kami)
5. Untuk informasi anda, kami tidak pernah memberi sebarang racun (directly) kepada pokok kailan kerana pokok kailan kami setakat ini tidak mengalami sebarang masalah. Tapi mungkin juga proses meracun untuk pokok cili, secara tak langsung telah “cover” pokok kailan kami. :)
7. Pokok kailan hanya perlukan masa di antara 30 sehingga 35 hari untuk membesar dan sedia dipetik

TIPS: pastikan pokok kailan tersebut mendapat cahaya matahari yang secukupnya kerana proses ini amat penting dalam tumbesaran kailan

Mudahkan tanam pokok kailan ni? Tapi ni cara yang dipraktikkan di kebun Pokleh. Mungkin ada juga cara lain di luar sana. Selepas ini, kami akan tanam sayur-sayuran lain pula untuk percubaan pada masa akan datang.
Pemetik Kailan di Kebun Pokleh
Proses memotong akar dan membersihkan kailan..


Petik-petik Cili Padi

Kalau minggu lalu, kami berjaya memetik tidak sampai sekilogram cili padi, Alhamdulillah pada minggu ini kami berjaya memetik sekilogram setengah. Ini bermakna kami telah memetik sebanyak 2 kilogram cili padi untuk fasa pertama ini. Walaupun jumlah ini nampak sedikit, insyaAllah dengan izinNya, pasti akan bertambah dan terus bertambah. Aminn.. Masa ni dah tak sempat nak susun cantik-cantik lagi dah.. huhu..
Walaupun si cilik ini hanya tolong pegang mangkuk untuk menadah cili yang dipetik, tenaganya merupakan salah satu sumbangan terbesar di kebun Pokleh. Kalau tak ada dia, memang payahlah.. Tenkiu baby..nanti kita makan ice cream ek. Huhu…

HPPNK (Part 5) : Cili

Di antara cili-cili yang kami jumpa di HPPNK MITC

Friday, August 14, 2009

HPPNK (Part 4) : Ada apa dengan Pertanian?

Kita dah tinjau booth2 utama di luar dewan MITC, sekarang kita masuk pula ke dalam dewan MITC. Di sini terdapat pelbagai booth yang mewakili hasil pertanian dan perladangan mengikut negeri masing-masing. Antaranya negeri Johor, Terengganu, Melaka dan sebagainya. Melangkah masuk ke dewan MITC ini, serta merta timbul rasa kagum dan semakin bertambah pula rasa minat kami terhadap pertanian. Selama ini bidang pertanian yang dikategorikan sebagai "kelas kedua", kini terbukti bahawa pertanian adalah salah satu penjana ekonomi yang terpenting untuk negara. Kepada yang masih berfikiran bahawa bidang ini hanya untuk orang-orang yang duduk di kampung, orang-orang susah, orang-orang yang tidak berpelajaran tinggi, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk berkunjung ke HPPNK ini. Pasti segala tanggapan negatif anda akan hilang serta merta. Bak kata pepatah "Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results". Jadi jawapan untuk persoalan "Ada apa dengan pertanian?"..Buka Minda..Buka Hati dan Buka Mata anda..segalanya ada di MITC. ;) Jom kita pergi MITC, Ahad, 16 August, hari terakhir HPPNK.

HPPNK (Part 3) : EZR Agro Tropika

Topik kali ni masih lagi berkisar tentang cili padi Centill keluaran EZR Agro Tropika. Kali ni kami bawa anda lihat keadaan cili tersebut pada waktu siang. Kelmarin kita tgk waktu malam. So kali ni kita tengok waktu siang pula...baru nampak sket.
Cili padi ni dijual pada harga 2 hinggit 1 plastik (100 gram)

HPPNK (Part 2) : Pertandingan Hasil-hasil Pertanian

Entry kali ini kami ingin bawa anda meninjau booth yang mempamerkan hasil-hasil pertanian untuk dipertandingkan. Jom kita "terjah"
Yang ni agak musykil sket. Mane satu nak diteka. Yang merah ke yang oren. Teka merah dapat hadiah oren atau teka oren dapat hadiah merah? Ish…. Konpius nih..
Buah Kabung dan Peminatnya
Orkidlah!!

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my