Seperti yang telah kami janjikan pada entry yang lalu, kali ini kami ingin berkongsi satu lagi info menarik yang kami peroleh di HPPNK, MITC baru-baru ini. Ini merupakan salah satu teknik bagi menggantikan penggunaan dripper pada sistem fertigasi ini. Terdapat 2 tujuan utama teknik ini diperkenalkan iaitu untuk mengurangkan kos dan juga mengatasi masalah dripper tersumbat. Tetapi sejauh mana keberkesanan teknik ini, tak dapat lagi dikenalpasti. Kalau anda berminat, silalah cuba.
1) Tiub dipotong pendek seperti ini.
2) Kemudian tebukkan lubang kecil pada tiub tersebut.
3) Dengan menggunakan mini tiub dari saluran sistem fertigasi anda, cucukkan mini tiub tersebut ke dalam lubang yang telah ditebuk seperti gambar di bawah
4) Akhir sekali, cucukan tiub tersebut pada polybeg anda
Senang aje kan? Seperti yang kami nyatakan di atas, sejauh mana keberkesanannya masih lagi samar-samar jadi apa kata, kalau anda berminat, bolehlah cuba.
Terima kasih kepada staff EZR Agro yang sudi berkongsi info ini bersama kami.
No comments:
Post a Comment