Followers

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Walaupun Ramadhan menjelma, kerja-kerja di kebun tetap berjalan seperti hari-hari biasa. Kalau weekdays, Pokleh lah yang menjadi “penunggu” di kebunnya, tapi setiap kali hujung minggu, tugas-tugas menjadi “penunggu” ini diambil alih pula oleh anak-anak Pokleh. Memang tiada istilah rehat bagi kami sejak mengusahakan kebun Pokleh ini. Acara santai di hujung minggu telah lama dilupakan. Cuti hujung minggu yang singkat kami manfaatkan sebaiknya di kebun Pokleh. Kalau pun terasa sangat ingin berehat, apa lagi.. mc la jawabnya. Pastu cabut gi PD..Huhu… Memang banyak juga rungutan dari kawan-kawan sebab dah takde masa lagi nak enjoy2 macam dulu. Tapi lama kelamaan bila mereka tengok “kegelapan” ton kulit kami dan juga perkembangan kebun melalui blog ini, akhirnya mereka faham situasi kami. Malah ada juga antara mereka kini mula berminat dengan cucuk tanam ni. Welcome to the club!!

Kami sebenarnya dalam proses menyiapkan kelengkapan untuk tanam cili padi fasa ke dua. Mudah-mudahan tiada lagi aral melintang untuk fasa ke dua ini. Alhamdulillah, dalam minggu ini juga banyak tempahan alat-alat pertanian yang kami terima. Untuk makluman, kami bukan sahaja menjual cili dan kailan, tetapi peralatan pertanian seperti polybeg, baja, set mini fertigasi, benih, dripper, nipper, dan sebagainya turut kami jual. Jadi kalau anda berminat, bolehlah hubungi kami di kebunpokleh@yahoo.com.my.

Satu lagi berita gembira yang kami terima, kini sayur kailan kami telah mendapat tempahan untuk setiap minggu dari pasar berdekatan. Malah peniaga di pasar tersebut turut memuji kailan kami kerana nampak segar dan tiada kesan racun pada kailan tersebut. Kailan tersebut juga tidaklah terasa pahit sangat seperti kailan-kailan yang biasa. Alhamdulillah, tak sia-sia pengorbanan kami selama ini. Walaupun harga yang ditawarkan agak rendah, tapi apa yang penting bagi kami adalah untuk mendapatkan tempat di pasaran. Untuk permulaan, kami terima apa sahaja harga yang diberikan selagi ianya berpatutan. Almaklumlah, kami kan dalam proses belajar untuk menjadi petani moden dan juga peniaga.

Setelah 7 bulan menjalani hidup sebagai petani, berpanas terik, berhujan, bermandi peluh dan yang seangkatan dengannya, kami semakin seronok hidup sebagai petani. InsyaAllah, kami akan teruskan projek tanaman fertigasi di kebun Pokleh selagi terdaya.

No comments:

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my