Followers

Tuesday, August 4, 2009

Serampang Dua Mata

Mungkin ramai yang tidak tahu di kebun Pokleh ni, selain fokus utama kami terhadap cili, kami juga turut menanam sayur-sayuran lain seperti terung, bendi, ubi, kailan dan juga bayam sebagai sampingan. Malah pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, jambu batu, jambu mawar, kelapa, belimbing, limau barli, limau kasturi, pisang, kedondong, betik, mangga, dan juga buah mata kucing turut ditanam di sekitar kawasan. Kebanyakan pokok buah-buahan ini telah lama “bermastautin” @ ditanam dan sejak kebun Pokleh dibersihkan, pokok-pokok ini dengan tiba-tiba mengeluarkan buah-buahan dengan lebatnya. Namun begitu, ada juga di antara pokok-pokok ini yang dijangka terpaksa “dikorbankan” selepas musim buah-buahan kali ini. Sebelum itu, ada juga beberapa pokok yang telah dikorbankan seperti mengkudu dan roselle.
Pokok kailan yang sedang membesar

Buat masa ini hanya cili padi dan kailan sahaja yang ditanam secara fertigasi manakala yang selebihnya di tanam secara manual bagi memanfaatkan pengunaan tanah di sekitar kebun Pokleh.

Deretan pokok kailan di kebun Pokleh

Pokok buah mata kucing yang mendapat perhatian setiap mata yang memandang. Dah ramai "aim" buah mata kucing ni..

1 comment:

REKA INDAH said...

Assalamulaikum..

Adakah kailan yang Pokleh tanam tu menggunakan baja A & B? Bolehtak terang sikit..

Kalau guna baja tersebut, berapa kadar bacaan ECnya?

Bolehtak kalau tanam pokok bendi secara fertigasi?

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my