Followers

Thursday, August 20, 2009

Pesta Kailan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak untuk semua pengunjung blog kebun Pokleh yang beragama Islam. Minggu ini agak terlewat sedikit kami mengemaskinikan blog. Almaklumlah, banyak urusan yang perlu diselesaikan. Salah satunya, kami kini telah mendaftar sebagai sebuah syarikat enterprise di bawah nama Noorashireen Agro Biz Ent. :)

Finally, projek kailan fertigasi kami telah mula menampakkan hasilnya. Alhamdulillah, untuk sessi petik-memetik kali pertama ini, kami telah berjaya memetik sebanyak 8kg kailan. Jumlah ini hanya melibatkan tidak sampai sebaris pokok kailan yang ditanam di kebun Pokleh. 3kg kailan telah dibeli oleh kedai runcit berdekatan manakala 3kg lagi telah dihantar ke sebuah restoran. Malah restoran tersebut juga telah menempah lagi 3kg kailan daripada kami. Ini merupakan penanda baik untuk kami. Walaupun pasaran kailan di kedai-kedai runcit agak kurang memberangsangkan, tapi jangan risau kerana pengusaha restoran pasti menerima kailan anda.

Proses Tanaman Kailan
1. Sediakan polybeg yang telah diisi dengan campuran sabut dan sekam padi
2. Taburkan 2-3 biji benih kailan ke dalam setiap polybeg tersebut. (Tak perlu disemai di dalam tray)
3. Baja diberi 2 kali sehari untuk pokok kailan iaitu pada waktu pagi dan petang
4. Di kebun Pokleh, kami juga menanam kailan berselang seli dengan pokok cili padi. Cara ini telah diajar oleh salah seorang “Sifu Fertigasi” kami. (Hasil pemerhatian kami setakat ini, cara ini tidak memberikan sebarang ancaman kepada cili kami)
5. Untuk informasi anda, kami tidak pernah memberi sebarang racun (directly) kepada pokok kailan kerana pokok kailan kami setakat ini tidak mengalami sebarang masalah. Tapi mungkin juga proses meracun untuk pokok cili, secara tak langsung telah “cover” pokok kailan kami. :)
7. Pokok kailan hanya perlukan masa di antara 30 sehingga 35 hari untuk membesar dan sedia dipetik

TIPS: pastikan pokok kailan tersebut mendapat cahaya matahari yang secukupnya kerana proses ini amat penting dalam tumbesaran kailan

Mudahkan tanam pokok kailan ni? Tapi ni cara yang dipraktikkan di kebun Pokleh. Mungkin ada juga cara lain di luar sana. Selepas ini, kami akan tanam sayur-sayuran lain pula untuk percubaan pada masa akan datang.
Pemetik Kailan di Kebun Pokleh
Proses memotong akar dan membersihkan kailan..


3 comments:

suhaila-ab said...

ILAN U DAH SELAMAT I BUAT GORENG KAILAN IKAN MASIN...HAHAH SEPIOK NASIK ABIH...

babydungo said...

waa....tanaman kailan mmg ade potensi

adli yusoff alias said...

assalamualaikum,

baru ajo belajar nak menanam kailan ni pokleh.

bagus hasil panen kebun pokleh ni. alhamdulillah.

salam kenal.

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my