Followers

Saturday, December 26, 2009

Jom masuk Kandang!!!

Kandang ni salah sebuah nama kawasan di Melaka. Pengguna2 highway AMJ, pasti akan perasan 1 tapak pasar tani sebelum sampai simpang menuju ke Jasin. (Senang cirte, yg ada kawasan perkuburan kat situ) Haa.. situlah letaknya Kandang yang dimaksudkan.
Apa ada kat Kandang? Ada kambing? Ada Lembu? Ada orang? Jom kita sama-sama terjah!!


Haa..dah nak sampai dah..
Dah siap sedia nak masuk Kandang?
Nampak signboard Pintu Masuk tu tak? Jom ramai2 kita masuk Kandang
Bermula pada hari Khamis, 24 Dec 2009, diadakan Karnival Pasar Tani Negeri Melaka selama 4 hari di sini. Berbagai produk hasil tani dan IKS yang dihasilkan oleh usahawan desa ada dijual di sini.

Ouh.. ada karnival rupanya. Ingatkan tadi ada mbekk dengan mbuu
Ha..kan betul tu..ada jugak mbekk..tapi bukan tuan badannya lah..ntah ke mane dah lesap. Yang tinggal cuma susunya aje.
Pelbagai produk Ole pon ada kat sini
Kain tudung pon adaamboi lawanya bunga..
eh macam kenal aje ni..mcm biasa kulihat pokok ni...huhu..pokok cili padi pon ada!!
Jom kita jalan-jalan lagi. Wow..banyaknya cili padi.. gerammnya tengok!
buat sambal belacan sedap nih
Kami sekarang berada di booth EZR Agro. Syarikat ni mmg aktif sangat sbb kat mane2 karnival, pasti mereka ada. Staff mereka pon ramah2. Barang-barang yang mereka jual pon complete. Sebut aje la nak beli apa..semuanya ada. Harga? Ada yg murah..ada yg mahal. Berdasarkan pengalaman kami sendiri, kalau nak murah, belilah time2 mereka buka booth mcm ni.
memang berbaloi-baloi!! Kepada rakan tani kami di Iskandar Malaysia tu..nilah dia contoh takungan air baja untuk anak pokok. Tray semaian dimasukkan ke dalam dulang besar ni. Sentiasa penuhkan dulang tu ngan air baja. Jadi tak payah la asyik nak spray air baja. Kan senang tu :-)
Ni contoh kalau nak beli dulang la. Tapi kalau nak buat sendiri menggunakan barang2 yang sedia ada..pon boleh.. camne caranya tu..bak kata Nabil..lu pikir lah sendiri...


Thursday, December 24, 2009

Malam 25 December

Entry kali ni nak cerita lain sket dari topik utama kita. Slalu asyik cirte tentang pokok cili aje, kali ni nak cirte pasal pokok X-mas pula.. huhu.. jangan salah anggap yer tuan-tuan dan puan-puan, tujuan asal kami nak pergi dinner tp kebetulan berdekatan pula dengan tempat kejadian, jadi secara tak sengaja kami pon amek kesempatan nak tgk macam mane masyarakat Serani di Kampung Ujong Pasir, Melaka, celebrate perayaan mereka.
Kawasan ni sebenarnya kawasan taman perumahan. Sepanjang jalan dihias dengan lampu berwarna warni. Sambutan mereka sederhana aje tapi meriah. Tak ada sebarang acara pentas, bunyi-bunyian yang bising dan sebagainya. Masing-masing yang datang ke sini cuma untuk berjalan-jalan secara santai dan....

ambil gambar mcm kami! ... peace!!
Sepanjang kawasan tersebut, ramai peniaga yang terdiri daripada bangsa cina, serani dan melayu menjual pelbagai barangan. Antara yang paling laris, topi santa, salji spray, dan minuman.Banyak rumah dihias cantik bertujuan untuk meraikan kedatangan X-mas. Dan tuan rumah juga bermurah hati untuk membenarkan sesiapa sahaja yang nak ambil gambar di hadapan rumahnya.
Ok lah takmo cirte byk lagi..kami pun nak balik dah. malam makin lewat, suasana pon makin sesak dan bau pon bertambah hapak.. ;) Ape pun, kami nak ucapkan selamat berhujung minggu untuk semua yg bercuti!!

Tuesday, December 15, 2009

Rezeki 2010

Selamat bertemu kembali. Dah hujung2 tahun ni mcm2 perkara perlu dibuat. Misi tahun ni kena dibereskan. Lepas tu kena standby pula misi utk thn depan. Ouh ya..ckp pasal tahun depan yang bakal mengambil alih tak lama lagi ni, agaknya tuan-tuan dan puan-puan dah rancang tak azam utk tahun 2010? Kami di kebun Pokleh pon dah mula rancang azam kami utk tahun depan. Sebolehnya kami mahukan yang terbaik utk thn 2010. Segala peristiwa yang kami lalui sepanjang tahun 2009, kami jadikan sebagai satu pengalaman baru dan panduan utk kami. Harap-harap tahun 2010 akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada kami dan tak lupa juga pada rakan2 tani semua. Perancangan yang kami buat, mmg banyak..insyallah dengan izin Allah diharapkan semuanya akan berjalan lancar. Ok la..dah lama kita tak tgk perkembangan terbaru di kebun pokleh. Macam mane la agaknya cili2 padi kebun Pokleh kan? So, jom kita tengok!i hasil cili padi kami. segar bugar kan? huhuni buah cili masih muda lagi ni..
Minggu ke tujuh 14 November


Thursday, November 19, 2009

Bendera Kuning

Mesti anda pernah perasan bendera kuning digantung kat kebun pokleh. Nape ek? Haa.. kalu nak tau.. bendera ni bukan digantung saje2 tau. Ade fungsinya. Nak tau ape fungsinya..jom scroll ke bawah.. Ha.. Nampak tak ape yg melekat kat situ?
Tu lah dia “pengacau” di kebun pokleh. Bukan setakat lalat buah aje..cicak man pon melekat
Nak tau kenape plastik kuning digunakan? Ni info yang kami dapat dari rakan tani, ada yang mengatakan serangga2 seperti lalat buah dan yang seangkatan dengannya sangat gemar pada warna kuning. Selain tu, makhluk-makhluk terbang ni cuma mampu melihat warna kuning aje. jadi sebab tu dorang tertarik kat plastik kuning tu. Ermm..tu lah antara jawapan yang kami terima. Kalau tuan2 ade jawapan lain, bolehlah btau kami. Kita kongsi2 kat sini. :) Tapi plastik kuning tu bukan boleh terus digantung aje tau. Kena la spray dlu dengan gam pelekat..mmg power gam ni..kalah gam gajah.
Ni plastik kuning yg digunakan
Haa.. ini lah dia gam power yg dimaksudkan tadi. Kalau nak spray, hati2 tau. Jangan lupa pakai pelindung mata untuk lindungi mata anda. Pastikan cuaca kering masa spray gam tu supaya gam tu tak terbang ke arah lain kalau tak..naya nanti!

Tanaman Pendamping Yang Bersifat Perangkap

Ingat tak dulu kami pernah cerita tentang kailan? Kalau tak ingat..boleh rujuk kat sini. Kami masih lagi mengekalkan kailan sebagai tanaman sampingan. Selain daripada tempoh pembesaran yang singkat, tuaian yang cepat, kailan ni boleh diklasifikasikan sebagai tanaman pendamping yang bersifat perangkap. Maksudnya, kailan ni mampu berfungsi sebagai pengusir kerana kailan ni sangat disukai oleh hama terutamanya kutu daun dan secara tak langsung, pembasmian akan dilakukan pada tanaman ini. Selain daripada kailan, tanaman lain yang bersifat pengusir yang lain adalah bunga matahari dan sawi pahit. Tanaman ni sangat sesuai ditanam berdampingan dengan pokok cili. Jadi apa lagi? Jom kita tanam kailan!!
Kailan ni cepat aje membesar. Jadi sementara nak tunggu cili berbuah, bleh kita tuai kailan dulu :)
Sedia untuk dijual. Kailan ni mcm2 bleh dimasak. Kalu org johor, masak asam pedas/gulai letak kailan pon sedap gak.
Ops..ape dah jadi? Lori benih tumpah daa… sape la punya angkara ni?

Tuesday, November 10, 2009

Minggu ke 6

Minggu Ke 6 (7 November 2009)

Varieti Semerah kini dah mula berbunga
Varieti Centil semakin rancak berbunga dan mengeluarkan cili padi
Perasan tak? Sizenya mcm besar sket daripada cili padi fasa pertama kami. Ade org kata..mungkin sbb buah pertama, kira awal2 keluar sbb tu size dia besar sket. Betul ke tu?

Haa..yg ni sgt ketara besarnya. Baru dpt info dari rakan tani kami.. yg ni cili besar sbb tangkai dia ke bawah. ish..macam mane bleh terselit cili besar plak ni...
To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my