Followers

Thursday, November 19, 2009

Bendera Kuning

Mesti anda pernah perasan bendera kuning digantung kat kebun pokleh. Nape ek? Haa.. kalu nak tau.. bendera ni bukan digantung saje2 tau. Ade fungsinya. Nak tau ape fungsinya..jom scroll ke bawah.. Ha.. Nampak tak ape yg melekat kat situ?
Tu lah dia “pengacau” di kebun pokleh. Bukan setakat lalat buah aje..cicak man pon melekat
Nak tau kenape plastik kuning digunakan? Ni info yang kami dapat dari rakan tani, ada yang mengatakan serangga2 seperti lalat buah dan yang seangkatan dengannya sangat gemar pada warna kuning. Selain tu, makhluk-makhluk terbang ni cuma mampu melihat warna kuning aje. jadi sebab tu dorang tertarik kat plastik kuning tu. Ermm..tu lah antara jawapan yang kami terima. Kalau tuan2 ade jawapan lain, bolehlah btau kami. Kita kongsi2 kat sini. :) Tapi plastik kuning tu bukan boleh terus digantung aje tau. Kena la spray dlu dengan gam pelekat..mmg power gam ni..kalah gam gajah.
Ni plastik kuning yg digunakan
Haa.. ini lah dia gam power yg dimaksudkan tadi. Kalau nak spray, hati2 tau. Jangan lupa pakai pelindung mata untuk lindungi mata anda. Pastikan cuaca kering masa spray gam tu supaya gam tu tak terbang ke arah lain kalau tak..naya nanti!

No comments:

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my