Followers

Monday, February 20, 2012

Cili Padi Bara

selalunya kita asyik cirte pasal centil aje. tp kali ni, nak share 1 lagi variety yg seakan centil tp lebih pedas, iaitu "Bara". pernah dgr tak? dulu kami pernah cerita ttg bara ni. benih bara ni dihasilkan dr Indonesia. di kebun pokleh, kami ada benih bara tp kami tak berpeluang nak semai benih ini kerana nak habeskan benih centil yg masih ada dlm stok. harga sepeket utk benih ni, lebih murah dari centil. nak tengok mcm mane rupa bara ni tak? jom kita sama-sama tengok...

kebun ini dimilikki oleh Encik Amin dr Negeri Sembilan. di kebun beliau bukan sahaja ada tanam cili padi, cili kulai juga turut ditanam. kalau nak tau maklumat lanjut ttg kebun beliau, boleh cari beliau di facebook Songkok Amin.

bara ni mempunyai dahan yg rendang. jd kalau anda yg baru menanam variety ini, jgn terkejut yer kalau pokokknya tak tinggi-tinggi. mmg bara ni rendang-rendang sahaja tp dahannya banyak. satu kebaikan yg kami perhatikan kalau dahan rendang, pokokknya akan jd kuat sket terhadap rintangan angin. maknanya, tak mudah patah.


menurut encik Amin, bara ni lebih pedas dr cili api kampung. dan ini turut diakui oleh sifu kami dr EZR Sdn Bhd. bara lebih pedas dan pastinya permintaan utk bara ni tingi di negeri sembilan sbb org nogori kan suka makan pedas2.


tambah encik Amin lg, bara ni lebih tahan lasak berbanding centil dan sesuai ditanam di kawasan rendah mahupun tinggi.



dr segi fizikal buahnya pula, yg dpt kami lihat di sini cili padi bara ini mempunyai warna yg sgt cantik, terang dan berkilat. dan kalau diperhatikan bebetul, hujungnya juga runcing. tp kata encik Amin, bara lebih ringan dari centil.

akhir sekali, terima kasih diucapkan pd encik Amin sbb sudi benarkan kami ambil gambar-gambar dr album fesbuk beliau utk dikongsi bersama di blog kebun pokleh ini. kami doakan agar encik Amin sukses dan nanti boleh kongsi info lg dgn kita semua.



hingga bertemu lagi....


Peristiwa di sebalik peristiwa

17 Feb 2012

Mlm ni balik dr keja, rasa best jer sbb esok weekend! boleh rest puas-puas. Yahooo dan paling best bile tengok kt dpn umah, ade khemah. bukan khemah kenduri kawen tp khemah ceramah agama sempena maulidur rasul oleh juara imam muda musim pertama.

ceramah ni bebetul kt bwh apartment tp kami prefer dgr dr dlm umah aje. ceramah berkisarkan sejarah nabi Muhammad SAW. cerita ttg sejarah kelahiran baginda, akhlak dan pengorbanan baginda berserta para sahabat. syahdu sgt bile menghayati intipati ceramah tu...

tp sy lebih teruja utk share 1 peristiwa sedih di sebalik ceramah ni... sepatutnya yg menjadi pengacara utk majlis ilmu ini ialah arwah Abdul Razak Arbain, dj separuh masa di radio IKIM, yg juga merupakan jiran sebelah umah kami. arwah terlibat dlm kemalangan di simpang rumah dan meninggal dunia di tempat kejadian. kemalangan ini berlaku sehari sebelum ceramah diadakan. arwah merupakan di antara org penting di sebalik majlis ini tp Allah lebih menyayangi beliau.

sebelum ceramah bermula, pengacara bidan terjun utk majlis ini sempat cerita detik-detik terakhir arwah. katanya "arwah pergi dlm keadaan tenang. semua urusannya mudah sgt. dan arwah pergi dlm keadaan senyum seperti tiada menanggung rasa sakit pun"

arwah semasa hayatnya mmg suka melibatkan diri dlm kegiatan amal. kami tak berpeluang mengenali arwah sbb kami baru pindah ke sini. tp dari cerita jiran2, arwah mmg suka senyum dan very helpful.

kemalangan ini berlaku selepas arwah menghantar anaknya ke sekolah menaiki motorsikal dan bertembung dgn sebuah lg motorsikal. Arwah mengalami pendarahan dlaman di kepala. mangsa yg lg sorang, masih lg dlm keadaan critical. sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh. utk pengetahuan, kejadian ni berlaku bebetul kt laluan keluar masuk rumah kami. actually, simpang ni bukannya laluan yg sebok dan inilah kali pertama kejadian ini berlaku. mungkin mmg dah ajal dan kemalangan ini hanyalah penyebab. ape pun, Allah lbh mengetahui....

sebenarnya apa yg sy nak kongsikan di sini, ttg cara “pemergian” masing-masing. tertanya dlm hati ni, “ÿa allah, mcm mane bahagian aku nti?”

alhamdulillah, arwah mendapat bahagian yg boleh dikatakan cukup sempurna sewaktu hembusan nafasnya yg terakhir krn budipekerti arwah semasa hayatnya. rata-rata yg sy baca dan dgr ttg arwah, beliau mmg seorang yg baik dan tidak sombong. dgr khabar, kutipan derma utk keluarga allahyarham juga lumayan dan pembayaran utk pengebumiannya telah dilunaskan oleh pihak-pihak yg murah hatinya tanpa mahu mendedahkan identiti mereka kpd keluarga allahyarham. semoga Allah membalas jasa-jasa baik mereka. arwah pergi di waktu usia 46 thn. wpun hanya mengenali arwah selepas pemergiannya, terasa mcm ada sesuatu yg.. ntah.. susah nk dicirtekan dan krn itu, hati ini mendesak utk kongsi cerita ini di sini. dan lbh memeranjatkan, bila kawan2 btau ramai ofismate mereka nangis dan sedey atas pemergian arwah sdgkan mereka mengenali arwah hanya di radio shj. tak keterlaluan jika sy ckp, mungkin ini hikmah di sebalik kebaikan dan keikhlasan seseorg semasa hayatnya dan akhirnya meninggalkan kesan serta aura kebaikan utk diambil iktibar oleh org-org yg mahu berfikir.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan arwah di kalangan org-org yg beriman. Al-Fatihah...

untuk maklumat lanjut mengenai arwah, sila layari www.ikimfm.my/ikimfm/


Thursday, February 16, 2012

Penjajah..ouh...penjajah...pergi jauh2...

Assalamualaikum w.b.t. kami kembali berblog setelah setahun menyepi. Alhamdulillahhh.. bernafas lg rupanya. :-) ape kabar otai2 cili? sifu2 cili mahupun junior2 cili? tahniah diucapkan krn masih gigih meneruskan perjuangan anda. dan kami di kebun pokleh masih lg wujud walaupun dah lama menyepi tanpa sebarang berita.

operasi kebun kami agak terbatas sbb kebun kini dilanda "penjajah berkaki empat". dipercayai, terdapat sekumpulan penjajah yg kini dtg mengganggu ketenteraman tanaman di kawasan kebun kami ini. habes punah dan musnah hasil tanaman penduduk kampung akibat penjajah yg tidak berperikemanusiaan ini dan yg bersikap sungguh kebinatangan.

menurut saksi kejadian, mereka tlh berjaya mengenalpasti identiti suspek berdasarkan rupa paras dan bentuk fizikal. "bukan nak menghina, tapi kami jijik" begitulah luahan salah seorang penduduk kampung merangkap mangsa kejadian. laporan kpd pihak berkuasa tlh pun dibuat namun tiada sebarang tindakan susulan.

kalau ikutkan "jiwa remaja" kami, nak aje kami kurung dan pagarkan penjajah ni sewaktu mereka dtng terjah ke kawasan kami. sekurang-kurangnya boleh wat duit wooo... makcik kayooo... tp idea ni tlh ditentang keras oleh Pokleh. katanya "org islam mane boleh bela vavi" choiiii....hehe.. itulah dia penjajah yg sedang rancak membuat onar di kawasan kami.

tak taulah dari mana datangnya, sama ada sesat, liar ataupon "dibela" oleh somebody mahupun sugardaddy. tp mujurlah sewaktu kumpulan penjajah tersebut lalu di kebun kami, mungkin dlm hati mereka berkata-kata "ada yg lg awal rupanya" dan skali lg... choiii.... mereka silap. kebun cili padi kami dah lama dlm keadaan terbiar begitu, krn masih dlm "silent mode" yessss... berjaya juga kami memperalatkan penjajah. hmm.. usah bimbang. ape pun yg terjadi, perjuangan kami di kebun pokleh tak kan terhenti selagi nadi masih berdenyut. insyaAllah....

p
/s: sabar menanti yer. lepas ni kami nak post 1 lg cirte menarik tentang cili padi. tp bukan dr kebun pokleh... tungguuuuuu...... ;-)



To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my