Followers

Sunday, December 5, 2010

Ape nak cirte ek?

Tahun 2010 semakin hampir melabuhkan tirainya. Selamat dtg tahun 2011 dan selamat meneruskan perjuangan kpd semua sahabat tani Pokleh. Percubaan tanaman cili padi kami, walaupon tidak berjaya mengutip pulangan modal, at least tak gagal krn dpt juga kami rase memegang hasil jualan cili padi. Projek tanaman cili padi kami musim ini berakhir sebelum menjelangnya Ramadhan 1431H.

Ramai juga yg sudi mengikuti perkembangan blog kebun pokleh. buktinya, setelah lama tak update, ramai yg pm dan sms minta sy update perkembangan terkini kebun pokleh. hehe.. jgn terkejut yer... skang kebun pokleh dah tanam mcm2. ade stoberi, epal, anggur, buah kiwi, pendek kata, mcm2 lah. Jom kita layanzzz.. :)

Keadaan kebun Pokleh semasa bulan Ramadhan 1431 @ 2010 yg juga merupakan masa rehat utk team Pokleh. Pokok2 cili padi yg lama tak sempat nak dipunggah keluar krn kesuntukkan masa dan tenagaRumput2 dan lalang semakin subur manakala pagar kayu dikeliling kebun semakin tunduk menyembah bumi :-) Kerja2 pembersihan mula dilakukan sedikit demi sedikit selepas berlalunya bulan Syawal. Target kami nak tanam semula pokok InsyaAllah pd tahun 2011. Tauke laundry Smart Wash dr Mlk, siap dtg n sempat bermusafir 1 mlm kt pondok buruk kebun Pokleh. siap bawak askar2nya lg. Dan yg plg best, siap tlg susun batu bata yg bersepah2 kt kebun pokleh. mekasih yer.. :)
Thn 2010 merupakan thn yg benar2 menguji kesabaran. Ditipu, dianiaya, "dikencing" semuanya terpaksa dilalui. Semua ini memberikn satu pengalaman yg plg berharga, yg tak di ajar di mana-mana sekolah atau universiti.
weekend yg pendek! kami cuma sempat punggah pokok2 keluar dr kebun. tp saki baki kt dlm tu, tak sempat nak settle. takpe..kita wat mane yg sempat aje dulu. yg tak sempat, nti pandai-pandailah pokleh settle kan.. :D Perasan tak? pagar kayu kami semakin runtuh? hehe.. tak taulah di mane silapnya. Kata tauke kayu "Awak jangan risau, kayu ni baik punya. boleh tahan sampai 10 tahun" Tapi pakcik, ape cer ni? ermm.. tu lah dia manusia, kita tlg atas dasar nak tlg org melayu, Islam plak tu. kalu bukan kita tlg bangsa kita, sape lagi yer tak? tp kalu dah bangsa sendiri buat ta*k kt bangsa sendiri, ape cer? dah la bg kayu yg ala-ala mintak nyawa mcm dia gak! pandai betul taktik dia. diletakknya kayu2 yg cantik, muda bergetah mcm kami kat atas rimbunan kayu2 tua yg ala2 mcm dia. cisss... atas dasar sesama Islam, kami dah lama maafkan pakcik dan halalkan semuanya. tp jgn lupa, Allah tu Maha Adil. :-)

Wednesday, August 18, 2010

berehat sebentar..

Alhamdulillah.. dah genap 8 hari kita berpuasa. mudah-mudahan puasa kita pd tahun ini menjadi lebih bermakna dan diberkatiNya. InsyaAllah. tp macam mane pula dengan kebun pokleh time2 puasa ni. kebun pokleh pon berpuasa juga ker? hmm.. kalu nak tau, jom kita tengok gambar2 kat bawah ni..ni mcm sayur kangkung aje...wah banyaknya kangkung.. sejak bila kebun cili bertukar jadi kebun kangkung?
cantik plak nampak kan? tapi kat celah mane pokok kangkung ni tumbuh? heran sungguh. nak tau kat mane? jeng.. jeng.. jeng..

V

V

V

V

V




haaa.. kat situ dia berkampung rupanya. patutlah Pokleh bising kangkung dok menjalar kat tengah2 kebun. ni sape la punya angkara gi tanam kangkung kat sini.
aduyaii.. sengal ubi betul la.
dah macam umah antu kan?
yg ni mcm baru lepas tsunami

time2 hujan ni, rumput cepat aje tinggi walaupon dah diracun dan dipotong
haa.. tulah dia perkembangan terkini dari kebun pokleh. takde sebarang kejadian yg tak elok pon berlaku kat sini. cuma kesuntukan masa dan tenaga kerja aje yg menyebabkan kebun kami nampak agak huru hara sket. lagipon bersempena bulan ramadhan ni, kami nak beri kesempatan utk diri masing2 berehat seketika. dlm erti kata yang mudah, kebun ditutup buat sementara waktu. insyaAllah, kebun kami akan pulih seperti sediakala selepas raya puasa ni.



Thursday, July 22, 2010

Jom sambung balik!

Mungkin ada yang tak berape nak kenal sangat rupa paras pokok cili padi yg dah ibarat "tunggu mase" aje ni. Jom kita sama-sama tengok.. daun semakin menguning dah kering akibat kurang baja dan air
lebatkan buah cili?rata-rata pengamal fertigasi gemar menghadkan usia pokok antara 5-6 bulan sbb nak kekalkan kualiti dan saiz cili padi. tapi kami di kebun Pokleh, tak sanggup nak buang pokok2 yang dah lebih 6 bulan kerana buahnya semakin lebat, walaupon saiznya semakin mengecil. nak tau kenapa? para peniaga di pasar sanggup beli cili padi kami dengan harga rm 13 ringgit sekilo. menurut mereka, cili kami seperti cili padi kampung yg ori..yg memang dicari2 oleh pembeli. so..selagi ade permintaan..selagi tu kita "simpan" pokok-pokok ni semua. ;-) Alhamdullilah..banyak juga komen positif yang kami terima daripada mereka yg pernah merasa cili padi kami. Rata-rata mengakui cili padi kami amat pedas walaupon saiznya semakin mengecil akibat pokok semakin berusia. Jadi bagi anda yg pernah membeli biji benih dari kami, jangan risau, anda tak kan rugi. ;-) Bagi kami juga, memang berbaloi-baloi kerana harga yang dikeluarkan untuk membeli sepeket benih centil walaupon sangat mahal, namun kepedasannya berkekalan sepanjang musim.

Dah lama tak berblog, sebelum mengakhiri cerita kami kali ni, kami berbesar hati nak ucapkan jutaan terima kasih dan syabas untuk rakan-rakan seperjuangan kami semua, terutamanya untuk :-

>>Anda yg sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan kami di blog kebun Pokleh. Harap cerita kami kali ini dapat menyumbangkan lagi sedikit ilmu untuk anda

>>Kepada student2 yg sudi jadikan blog kebun Pokleh sebagai salah satu bahan rujukan, semoga adik-adik semua mendapat manfaat dari blog kami

>>Utk En Saifuzam & isteri dr tangkak, syabas kami ucapkan walaupon menghadapi kegagalan dalam projek permulaan beliau, namun beliau masih bersemangat dan tak putus asa untuk meneruskan projek fertigasinya. Kami juga pernah menghadapi kesulitan di awal pembabitan kebun Pokleh ni, ape yg penting, jangan cepat mengalah. Kena terus pandang ke depan

>>Untuk tuan-tuan dan puan-puan yg tlg membeli benih dr kami, serta abg mie di Genting Highlands, "Selamat datang ke dunia pertanian"

>>Kepada tauke laundry, papa njah n mummy, semoga laundry semakin murah rezeki

>>Tak lupa juga kepada melurhunny, tauke coklat di KL, terima kasih untuk sample coklat yg besh sgt tu

>> Untuk bakal usahawanita, merangkap mummy itik di melaka, hehe..jangan lupa telur masin utk Pokleh yaa... huhu

>> Kawan2 & saudara mara yg sentiasa bg sokongan kpd kami dan memahami kebizian kami sehingga dah kurang masa utk "berpelesaran" mcm dulu ;-)

>> opss..tak lupa juga untuk tokeh air buah yg hari2 sudi bawakkan ice limau utk sy... sedappp sgt. sy suke! semoga kedai makan anda semakin maju dan maju dan maju..

Aminnn...


Tuesday, April 6, 2010

Cili Kulai 469

Seperti yg dijanjikan dlm entry sebelum ni, kami nk update pula cerita ttg kebun slh seorang rakan fertigasi kami iaitu Encik Razali. Brkenalan dgn Encik Razali ni mmg best sbb dia tak lokek ilmu dan pengalaman. Dia pon macam kami juga, takde pengalaman dan main terjun aje ke dlm bidang pertanian ni tp semangat dia mmg tinggi. Encik Razali ni pernah juga ditipu atau senang ckp "kena kencing" dek agen pengusaha fertigasi. Sebenarnya kami pon mase awal2 dulu nyaris ditipu juga tapi atas nasihat otai2, kami memilih untuk set up semua sistem fertigasi ni sendiri, tanpa melalui agen. Sebab tu lah pentingnya kita kena buat kajian sendiri sebelum memulakan projek fertigasi ni. Ok lah takmo intro panjang, jom kita "Terjah" kebun Encik Razali ni.
Kebun Encik Razali terletak tak berapa jauh la dr kebun PokLeh, kt Stadium Muar. Kat sini hanya ditanam cili kulai 469 sebanyak 2000 pokok. Boleh tahan byk gak tuh.
Setelah beberapa kali cuba tanam dan gagal, akhirnya percubaan kali ni nampak berjaya. Encik Razali dan kak Aleeza fresh fish ni jugaklah yg pujuk kami supaya bertahan dgn projek kami ni. sbb kami pon penah "terduduk" gak waktu pokok kami diserang penyakit baru2 ni. tp now alhamdulillah.. muka yg ketat dh bleh senyum sket dh ni. hehe..
Ni lah dia, Encik Razali. Tgh sebok petik cili. Kebun ni diuruskannya sendiri tanpa bantuan tenaga upahan. Pernah gak dia amek pekerja tp semuanya letak jawatan dlm tempoh 24 jam sbb tak larat nak petik cili.
amacam? geram tak? pokok ni muda lagi usianya. around 3 months.Encik Razali ckp, dia sendiri pon cuma larat petik 37 kg sehari tu pon hanya melibatkan 4-5 baris pokok. Sedangkan kat kebun dia ade berpuluh2 baris pokok. Dasat kan? 37 kg tu pon dh dpt around 200 hinggit sehari. skang ni semua baris tgh rancak berbuah. camne tu?
ni anak pokok yg lum sempat dipindahkan
ni lah dia cili kulai 469. panjang kan?
kak diva pon nak tumpang sekaki. insyaallah, akan datang kami pon nak cuba tanam cili besar pula. buat mase ni kami pon tak dpt nak compare yg mane 1 lg senang sama ada cili padi atau cili besar. ade yg ckp cili besar ni rumit n cerewet. ni buah tangan dr Encik Razali. Buat "penawar" modal competition yg dah hangus tu. huh..ade ke patut? redha jer la.. ;-)

Monday, April 5, 2010

Pancing ikan la pulak..

ni sewaktu pertandingan memancing ikan kt daerah muar. hadiah utk 1st prize memang cukup lumayan. RM 25 gibu beb! tapi ape bleh wat..bukan rezeki.. :(( betapa ramai yg join competition ni. ni pon kat side ujung2 jer ni
Competition ni diadakan kat tanjung emas, muar pd ahad lepas, 4 April'10
kak diva tgh interview salah seorang wakil pemancing kami. kami invest sejumlah wang utk 4 org pemancing kt competition ni. tp sumenya kecundang. uwaaa....:)) yg baju biru tu kire wakil kami lah. kami taklah mancing pon sbb tak reti langsung nak pegang joran, tp akan dtg, kut2 rase nak tukar hobi plak kan... haa tu dia..gaya wakil kami melontarkan jorannya
wakil kami ni bukan sebarangan org tau. x-designer ni. dulu keje kt singapore. resign sbb nak fokus berkebun. haa.. ni buktinya yg menceburkan diri dlm dunia pertanian bukan la org2 kampung semata. dia pon kira rakan fertigasi kami gak ni. for the next entry nti kami cirte pasal kebun dia plak ok?
dalam bz2 melayan kebun cili pon kami sempat gak spend mase gi tengok org memancing. bukan ape..kalu tak kerana investment kami tu, hade haku kesah nak pegi tgk org memancing? hehe..


p/s: baby adam, nanti ajak papa mancing kt kebun atuk. ade kolam pancing ikan baru bukak kat situ. dekat aje. suh papa bwk joran. dpt ikan nti kita bleh wat bbq.


To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my