Followers

Tuesday, April 6, 2010

Cili Kulai 469

Seperti yg dijanjikan dlm entry sebelum ni, kami nk update pula cerita ttg kebun slh seorang rakan fertigasi kami iaitu Encik Razali. Brkenalan dgn Encik Razali ni mmg best sbb dia tak lokek ilmu dan pengalaman. Dia pon macam kami juga, takde pengalaman dan main terjun aje ke dlm bidang pertanian ni tp semangat dia mmg tinggi. Encik Razali ni pernah juga ditipu atau senang ckp "kena kencing" dek agen pengusaha fertigasi. Sebenarnya kami pon mase awal2 dulu nyaris ditipu juga tapi atas nasihat otai2, kami memilih untuk set up semua sistem fertigasi ni sendiri, tanpa melalui agen. Sebab tu lah pentingnya kita kena buat kajian sendiri sebelum memulakan projek fertigasi ni. Ok lah takmo intro panjang, jom kita "Terjah" kebun Encik Razali ni.
Kebun Encik Razali terletak tak berapa jauh la dr kebun PokLeh, kt Stadium Muar. Kat sini hanya ditanam cili kulai 469 sebanyak 2000 pokok. Boleh tahan byk gak tuh.
Setelah beberapa kali cuba tanam dan gagal, akhirnya percubaan kali ni nampak berjaya. Encik Razali dan kak Aleeza fresh fish ni jugaklah yg pujuk kami supaya bertahan dgn projek kami ni. sbb kami pon penah "terduduk" gak waktu pokok kami diserang penyakit baru2 ni. tp now alhamdulillah.. muka yg ketat dh bleh senyum sket dh ni. hehe..
Ni lah dia, Encik Razali. Tgh sebok petik cili. Kebun ni diuruskannya sendiri tanpa bantuan tenaga upahan. Pernah gak dia amek pekerja tp semuanya letak jawatan dlm tempoh 24 jam sbb tak larat nak petik cili.
amacam? geram tak? pokok ni muda lagi usianya. around 3 months.Encik Razali ckp, dia sendiri pon cuma larat petik 37 kg sehari tu pon hanya melibatkan 4-5 baris pokok. Sedangkan kat kebun dia ade berpuluh2 baris pokok. Dasat kan? 37 kg tu pon dh dpt around 200 hinggit sehari. skang ni semua baris tgh rancak berbuah. camne tu?
ni anak pokok yg lum sempat dipindahkan
ni lah dia cili kulai 469. panjang kan?
kak diva pon nak tumpang sekaki. insyaallah, akan datang kami pon nak cuba tanam cili besar pula. buat mase ni kami pon tak dpt nak compare yg mane 1 lg senang sama ada cili padi atau cili besar. ade yg ckp cili besar ni rumit n cerewet. ni buah tangan dr Encik Razali. Buat "penawar" modal competition yg dah hangus tu. huh..ade ke patut? redha jer la.. ;-)

Monday, April 5, 2010

Pancing ikan la pulak..

ni sewaktu pertandingan memancing ikan kt daerah muar. hadiah utk 1st prize memang cukup lumayan. RM 25 gibu beb! tapi ape bleh wat..bukan rezeki.. :(( betapa ramai yg join competition ni. ni pon kat side ujung2 jer ni
Competition ni diadakan kat tanjung emas, muar pd ahad lepas, 4 April'10
kak diva tgh interview salah seorang wakil pemancing kami. kami invest sejumlah wang utk 4 org pemancing kt competition ni. tp sumenya kecundang. uwaaa....:)) yg baju biru tu kire wakil kami lah. kami taklah mancing pon sbb tak reti langsung nak pegang joran, tp akan dtg, kut2 rase nak tukar hobi plak kan... haa tu dia..gaya wakil kami melontarkan jorannya
wakil kami ni bukan sebarangan org tau. x-designer ni. dulu keje kt singapore. resign sbb nak fokus berkebun. haa.. ni buktinya yg menceburkan diri dlm dunia pertanian bukan la org2 kampung semata. dia pon kira rakan fertigasi kami gak ni. for the next entry nti kami cirte pasal kebun dia plak ok?
dalam bz2 melayan kebun cili pon kami sempat gak spend mase gi tengok org memancing. bukan ape..kalu tak kerana investment kami tu, hade haku kesah nak pegi tgk org memancing? hehe..


p/s: baby adam, nanti ajak papa mancing kt kebun atuk. ade kolam pancing ikan baru bukak kat situ. dekat aje. suh papa bwk joran. dpt ikan nti kita bleh wat bbq.


Sunday, April 4, 2010

Kobis ke kailan?

Igt tak dulu kami pernah cirte pasal kobis? Tukang semai benih sayur ni ckp, mmg kompom ni kobis tp ade yg ckp ni kailan. last2 dpt info dr NZ kota, ni mmg kobis daa.. Menurut NZ kota, ni jenis kobis beijing ni dan mmg lambat sket utk daunya berlipat menjadi kobis.
agak2nya ni kobis ke kailan ni? huhu..

p/s: maklumat terkini yg kami dpt dr rakan tani, NZ kota, yg ni mmg kobis daa...ish..ish..ish.. anyway tenkiu NZ kota. kalu sesapa yg ade pendapat lain mengenai sayur tu..silalah roger2 kami k. ;-)

Jom turun padang..

Aktiviti last weekend kami, kak diva n teh dean turun padang utk memetik cili padi. Sepatutnya banyak lagi aktiviti lain yg perlu mereka lakukan tp kerana kesuntukan masa, jd tak dpt la nak buat mcm2.
Muda lagi ni. Tak boleh nak petik lagi. Takpe kita simpan dulu
4 jam petik sorang-sorang cuma dpt 1 bakul. 4 kg niKak Diva dok mengeringkan cili padi yg dh petik siang td
Haa..tu dia.. atas bumbung keta PokLeh dia gi jemurnya. PokLeh geleng kepala aje tgk keta dia jadi mangsa keadaan
Yezza... tukang petik kita dah sampai. Kita bagi dia 1 bakul besar kosong then suruh dia petik byk2
Agak2 bape kg yg teh dean dpt petik ni? Teka sendirilah ya ;-)
Dah petik2 proses packing cili padi utk dijual
PokLeh yg sentiasa rajin membersihkan kawasan kebunnya. Kdg2 ade gak visitor yg kurang @ takde kesedaran sivik, gi buang sampah kt dlm kawasan kebun ni. Sejak tu, hanya visitor tertentu sahaja dibenarkan masuk dlm kawasan cili padi kami ni.
Ni rasenya 1st time kak diva petik cili padi Ok lah sekian sahaja update ttg cili padi kami. Pasni kita cirte pasal sayur2 plak k.
To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my