Followers

Thursday, November 19, 2009

Tanaman Pendamping Yang Bersifat Perangkap

Ingat tak dulu kami pernah cerita tentang kailan? Kalau tak ingat..boleh rujuk kat sini. Kami masih lagi mengekalkan kailan sebagai tanaman sampingan. Selain daripada tempoh pembesaran yang singkat, tuaian yang cepat, kailan ni boleh diklasifikasikan sebagai tanaman pendamping yang bersifat perangkap. Maksudnya, kailan ni mampu berfungsi sebagai pengusir kerana kailan ni sangat disukai oleh hama terutamanya kutu daun dan secara tak langsung, pembasmian akan dilakukan pada tanaman ini. Selain daripada kailan, tanaman lain yang bersifat pengusir yang lain adalah bunga matahari dan sawi pahit. Tanaman ni sangat sesuai ditanam berdampingan dengan pokok cili. Jadi apa lagi? Jom kita tanam kailan!!
Kailan ni cepat aje membesar. Jadi sementara nak tunggu cili berbuah, bleh kita tuai kailan dulu :)
Sedia untuk dijual. Kailan ni mcm2 bleh dimasak. Kalu org johor, masak asam pedas/gulai letak kailan pon sedap gak.
Ops..ape dah jadi? Lori benih tumpah daa… sape la punya angkara ni?

No comments:

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my