Followers

Thursday, December 24, 2009

Malam 25 December

Entry kali ni nak cerita lain sket dari topik utama kita. Slalu asyik cirte tentang pokok cili aje, kali ni nak cirte pasal pokok X-mas pula.. huhu.. jangan salah anggap yer tuan-tuan dan puan-puan, tujuan asal kami nak pergi dinner tp kebetulan berdekatan pula dengan tempat kejadian, jadi secara tak sengaja kami pon amek kesempatan nak tgk macam mane masyarakat Serani di Kampung Ujong Pasir, Melaka, celebrate perayaan mereka.
Kawasan ni sebenarnya kawasan taman perumahan. Sepanjang jalan dihias dengan lampu berwarna warni. Sambutan mereka sederhana aje tapi meriah. Tak ada sebarang acara pentas, bunyi-bunyian yang bising dan sebagainya. Masing-masing yang datang ke sini cuma untuk berjalan-jalan secara santai dan....

ambil gambar mcm kami! ... peace!!
Sepanjang kawasan tersebut, ramai peniaga yang terdiri daripada bangsa cina, serani dan melayu menjual pelbagai barangan. Antara yang paling laris, topi santa, salji spray, dan minuman.Banyak rumah dihias cantik bertujuan untuk meraikan kedatangan X-mas. Dan tuan rumah juga bermurah hati untuk membenarkan sesiapa sahaja yang nak ambil gambar di hadapan rumahnya.
Ok lah takmo cirte byk lagi..kami pun nak balik dah. malam makin lewat, suasana pon makin sesak dan bau pon bertambah hapak.. ;) Ape pun, kami nak ucapkan selamat berhujung minggu untuk semua yg bercuti!!

No comments:

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my