Inilah hasil tuaian pertama di kebun Pokleh setelah berhempas pulas membanting tenaga berbulan-bulan, kini penat lelah kami terubat sedikit apabila melihat hasil tuaian pertama kami ini. Walaupun hasilnya tidaklah sebanyak mana, namun inilah penanda bahawa bermulanya langkah seterus kami di dalam bidang fertigasi ini, InsyaAllah. Ini merupakan hasil dari fasa pertama di kebun Pokleh. Untuk tuaian kali pertama ini, kami berjaya memungut hampir sekilo buah cili padi.
Model Pokok Cili Padi Kebun Pokleh
Apa yang lebih menyeronokkan, kami telah menghantarnya di kedai dan tauke kedai tersebut suka dan inginkan kami terus membekalkan cili padi di kedainya. Benih cili centill ini juga sebenarnya sangat pedas berbanding benih-benih lain yang terdapat di pasaran.
Inilah dia pemetik cili padi yang berjaya di kebun Pokleh a.k.a blogger kebun Pokleh
No comments:
Post a Comment