Followers

Tuesday, July 28, 2009

Serangan Makhluk Asing Part 2

Hujung minggu yang lalu, belek punya belek tiba-tiba tangan ni tergerak nak tengok daun cili. Patutlah, rupa-rupanya ade pesta mahkluk asing di kebun Pokleh. Tangan ni pon apa lagi, dengan kadar pantas mencantas semua daun-daun yang diserang makhluk asing ini. Makhluk asing ini dipercayai baru sahaja bertapak di daun pokok tersebut kerana keadaan daun-daun yang lain, masih lagi elok dan tidak terdapat sebarang kerosakan. Mujur cuma 1 pokok sahaja yang diserang oleh mahkluk asing ini. Adakah ini yang dinamakan Hamama, Aphids dan yang seangkatan dengannya? Penjelasan dari rakan-rakan tani dan juga pakar-pakar tani amat diperlukan. Racun jenis apakah yang sesuai digunakan untuk menghapuskan makhluk asing ini?

3 comments:

BobFairus. I love to share my activity to everybody. said...

Cuba guna racun Pegasus.

LKT said...

yes..pokok cili saya pun same juga kena serangan asing ini, saya guna marathion. lepas spray..mati terus.

LKT said...

yes..pokok cili saya pun kena sama juga, saya juga marathion..lepas spray..terus mati...biasanya kutu ini datang pada waktu malam.

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my