Followers

Monday, July 6, 2009

Penyediaan anak benih cili padi

Proses penyediaan anak benih

Proses penyediaan anak benih ini cukup mudah. Kami hanya memilih anak benih yang bermutu tinggi untuk disemai. Bagi anda yang tidak berpengalaman dan baru sahaja ingin cuba menyemai sendiri anak benih, di sini kami berikan sedikit tips sebagai panduan yang berguna untuk anda.

1. Benih direndam selama 2 jam kemudian tus dan gaulkan dengan racun kulat (thiram)
2. Sediakan tray khas untuk tapak semaian anak benih. Penuhkan tray tersebut dengan tanah (peat moss)
3. Gunakan penyepit khas atau sarung tangan semasa memasukkan biji benih ke dalam tray
4. Setiap lubang tray boleh dimasukkan sebanyak 1 hingga 2 biji benih (sebagai back-up)
5. Jangan tekan biji benih terlalu dalam atau hingga tenggelam di dalam tanah
6. Setelah selesai masukkan biji benih ke dalam semua lubang tray, tutupkan tray dengan plastik hitam
7. Biarkan tray tersebut di dalam tempat gelap selama 4 hari. Dalam masa 4 hari, biji benih akan mula bercambah
8. Sepanjang proses tersebut, siram air menggunakan semburan halus sebanyak 2x sehari (pagi dan petang)
9. Selepas 4 hari, letakkan tray tersebut di tempat yang redup
10. Selepas itu, renjis dengan air pada waktu pagi dan petang. Hormon untuk pembesaran juga diberikan sekali seminggu.
11. Biarkan anak benih terus bercambah hingga mengeluarkan daun selama 30 hari

TIPS: Kepada anda yang ingin membeli anak pokok yang telah siap disemai, dinasihatkan agar berhati-hati semasa membeli. Pastikan tiada sebarang benah atau kulat pada pokok tersebut. Jika anda ingin menyemai sendiri, digalakkan supaya sediakan tempat khas untuk semaian dan jauhkan dari sebarang tumbuhan dan serangga.


Biji benih telah mula bercambah pada hari ke lima


Tray ditutup dengan plastik hitam selama 4 hari. Letak ubat penghalau semut disekeliling tray bagi mengelakkan biji benih dimakan semut

Biji benih diletakkan di dalam tray

No comments:

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my