Seperti yg dijanjikan dlm entry sebelum ni, kami nk update pula cerita ttg kebun slh seorang rakan fertigasi kami iaitu Encik Razali. Brkenalan dgn Encik Razali ni mmg best sbb dia tak lokek ilmu dan pengalaman. Dia pon macam kami juga, takde pengalaman dan main terjun aje ke dlm bidang pertanian ni tp semangat dia mmg tinggi. Encik Razali ni pernah juga ditipu atau senang ckp "kena kencing" dek agen pengusaha fertigasi. Sebenarnya kami pon mase awal2 dulu nyaris ditipu juga tapi atas nasihat otai2, kami memilih untuk set up semua sistem fertigasi ni sendiri, tanpa melalui agen. Sebab tu lah pentingnya kita kena buat kajian sendiri sebelum memulakan projek fertigasi ni. Ok lah takmo intro panjang, jom kita "Terjah" kebun Encik Razali ni.
Kebun Encik Razali terletak tak berapa jauh la dr kebun PokLeh, kt Stadium Muar. Kat sini hanya ditanam cili kulai 469 sebanyak 2000 pokok. Boleh tahan byk gak tuh.kak diva pon nak tumpang sekaki. insyaallah, akan datang kami pon nak cuba tanam cili besar pula. buat mase ni kami pon tak dpt nak compare yg mane 1 lg senang sama ada cili padi atau cili besar. ade yg ckp cili besar ni rumit n cerewet.
ni buah tangan dr Encik Razali. Buat "penawar" modal competition yg dah hangus tu. huh..ade ke patut? redha jer la.. ;-)