Followers

Tuesday, April 6, 2010

Cili Kulai 469

Seperti yg dijanjikan dlm entry sebelum ni, kami nk update pula cerita ttg kebun slh seorang rakan fertigasi kami iaitu Encik Razali. Brkenalan dgn Encik Razali ni mmg best sbb dia tak lokek ilmu dan pengalaman. Dia pon macam kami juga, takde pengalaman dan main terjun aje ke dlm bidang pertanian ni tp semangat dia mmg tinggi. Encik Razali ni pernah juga ditipu atau senang ckp "kena kencing" dek agen pengusaha fertigasi. Sebenarnya kami pon mase awal2 dulu nyaris ditipu juga tapi atas nasihat otai2, kami memilih untuk set up semua sistem fertigasi ni sendiri, tanpa melalui agen. Sebab tu lah pentingnya kita kena buat kajian sendiri sebelum memulakan projek fertigasi ni. Ok lah takmo intro panjang, jom kita "Terjah" kebun Encik Razali ni.
Kebun Encik Razali terletak tak berapa jauh la dr kebun PokLeh, kt Stadium Muar. Kat sini hanya ditanam cili kulai 469 sebanyak 2000 pokok. Boleh tahan byk gak tuh.
Setelah beberapa kali cuba tanam dan gagal, akhirnya percubaan kali ni nampak berjaya. Encik Razali dan kak Aleeza fresh fish ni jugaklah yg pujuk kami supaya bertahan dgn projek kami ni. sbb kami pon penah "terduduk" gak waktu pokok kami diserang penyakit baru2 ni. tp now alhamdulillah.. muka yg ketat dh bleh senyum sket dh ni. hehe..
Ni lah dia, Encik Razali. Tgh sebok petik cili. Kebun ni diuruskannya sendiri tanpa bantuan tenaga upahan. Pernah gak dia amek pekerja tp semuanya letak jawatan dlm tempoh 24 jam sbb tak larat nak petik cili.
amacam? geram tak? pokok ni muda lagi usianya. around 3 months.Encik Razali ckp, dia sendiri pon cuma larat petik 37 kg sehari tu pon hanya melibatkan 4-5 baris pokok. Sedangkan kat kebun dia ade berpuluh2 baris pokok. Dasat kan? 37 kg tu pon dh dpt around 200 hinggit sehari. skang ni semua baris tgh rancak berbuah. camne tu?
ni anak pokok yg lum sempat dipindahkan
ni lah dia cili kulai 469. panjang kan?
kak diva pon nak tumpang sekaki. insyaallah, akan datang kami pon nak cuba tanam cili besar pula. buat mase ni kami pon tak dpt nak compare yg mane 1 lg senang sama ada cili padi atau cili besar. ade yg ckp cili besar ni rumit n cerewet. ni buah tangan dr Encik Razali. Buat "penawar" modal competition yg dah hangus tu. huh..ade ke patut? redha jer la.. ;-)

10 comments:

Unknown said...

alahai cemburunya... saya tengan setup kebun di sekolah...700 pokok...harapnya menjadi...

Kebun Pokleh said...

700 pokok? nak tanam cili padi ker? fuh jenuh nak petik nti..mcm kami. hehe... tp berbaloi-baloi

Unknown said...

cili 568 lagi 3 minggu masa untuk pindah anak pokok,,, harap dapat beri tunjuk ajar...

Unknown said...

Ada jua benih cili 569 secara online/pos tak, saya nak tanam untuk hobi saya duduk shah alam..

Unknown said...

salam, apa racun kulat & serangga utk kawalan daun keriting cili 469.Tlg bagi sikit panduan.

Anonymous said...

Yang mana benih paling baik? Saya baru je menyemai benih cili kulai 151, dah 5 hari tapi baru 10 anak pokok yg muncul

Anonymous said...

Berapa lama benih cili boleh tahan. Kalau dah 6 bulan boleh tumbuh lg ke?

Unknown said...

Assalamualaikum
Saya baru cuba tanam cili s469.
Alhamdulillah berhasil...
Putik bunga banyak...
Masaalahnya saya ingin tahu agar putik tidak gugur....

Unknown said...

Cili padi lebih complicated penjagaannya berbanding cili besar. Saya pelajar vokasional menanam sebanyak 5000 anak pokok cili padi centil dan alhamdulillah hasil memuaskan. Tapi kena lebih cerewet dan teratur sebab cili padi centil sangat mudah diserang penyakit

Junaed said...

Salam
Saya pasar boring selayang
Says mau cili merah ada ke
INI number. 0178721104

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my