selalunya kita asyik cirte pasal centil aje. tp kali ni, nak share 1 lagi variety yg seakan centil tp lebih pedas, iaitu "Bara". pernah dgr tak? dulu kami pernah cerita ttg bara ni. benih bara ni dihasilkan dr Indonesia. di kebun pokleh, kami ada benih bara tp kami tak berpeluang nak semai benih ini kerana nak habeskan benih centil yg masih ada dlm stok. harga sepeket utk benih ni, lebih murah dari centil. nak tengok mcm mane rupa bara ni tak? jom kita sama-sama tengok...
kebun ini dimilikki oleh Encik Amin dr Negeri Sembilan. di kebun beliau bukan sahaja ada tanam cili padi, cili kulai juga turut ditanam. kalau nak tau maklumat lanjut ttg kebun beliau, boleh cari beliau di facebook Songkok Amin.


menurut encik Amin, bara ni lebih pedas dr cili api kampung. dan ini turut diakui oleh sifu kami dr EZR Sdn Bhd. bara lebih pedas dan pastinya permintaan utk bara ni tingi di negeri sembilan sbb org nogori kan suka makan pedas2.

tambah encik Amin lg, bara ni lebih tahan lasak berbanding centil dan sesuai ditanam di kawasan rendah mahupun tinggi.

dr segi fizikal buahnya pula, yg dpt kami lihat di sini cili padi bara ini mempunyai warna yg sgt cantik, terang dan berkilat. dan kalau diperhatikan bebetul, hujungnya juga runcing. tp kata encik Amin, bara lebih ringan dari centil.
akhir sekali, terima kasih diucapkan pd encik Amin sbb sudi benarkan kami ambil gambar-gambar dr album fesbuk beliau utk dikongsi bersama di blog kebun pokleh ini. kami doakan agar encik Amin sukses dan nanti boleh kongsi info lg dgn kita semua.
hingga bertemu lagi....
