Followers

Monday, October 19, 2009

Gotong Royong

Acara gotong royong kini bukan sahaja menjadi tradisi pelajar-pelajar sekolah, penduduk perumahan tapi juga turut diserapkan di kebun Pokleh. Amalan murni ini bukan sahaja dapat menambahkan pahala malah amat bagus untuk kesihatan. Tidak perlu mengeluarkan duit untuk ke gym dan sauna, cukup dengan bergotong royong di kebun Pokleh, pasti berbaldi- baldi peluh keluar. Jom tengok apa yang mereka buat di kebun Pokleh pada 11 October yang lalu.
Kedatangan mereka memang amat dinanti-nantikan
Mula-mula kita bagi peluang mereka tinjau kebun Pokleh dahulu
Bagi peluang berkenalan dengan pokok cili
Bagi peluang jadi model ala-ala America’s next top model
Jeng..jeng..jeng…
Berpeluh masing-masing dok masukkan sekam ke dalam polybeg. Tp masing-masing masih control ayu (untuk 30 mins pertama aje laa..)
Macam mengisi serunding daging ke dalam plastik. Sekam dimasukkan dengan penuh berhati-hati. Nasib baik bukan serunding, kalu tak, sambil masuk plastik, sambil masuk mulut skali.
Apabila tokey laundry kena bermain dengan tanah.. huhu
Seronok sebenarnya acara pada petang itu. Sambil buat kerja amal, sambil bercerita tentang masa hadapan dan juga masa lampau. Huhu.. Terima kasih untuk peserta-peserta yang terlibat pada petang itu.
Terima kasih daun keladi, lain kali tolong lagi :D

No comments:

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my