Followers

Thursday, July 22, 2010

Jom sambung balik!

Mungkin ada yang tak berape nak kenal sangat rupa paras pokok cili padi yg dah ibarat "tunggu mase" aje ni. Jom kita sama-sama tengok.. daun semakin menguning dah kering akibat kurang baja dan air
lebatkan buah cili?rata-rata pengamal fertigasi gemar menghadkan usia pokok antara 5-6 bulan sbb nak kekalkan kualiti dan saiz cili padi. tapi kami di kebun Pokleh, tak sanggup nak buang pokok2 yang dah lebih 6 bulan kerana buahnya semakin lebat, walaupon saiznya semakin mengecil. nak tau kenapa? para peniaga di pasar sanggup beli cili padi kami dengan harga rm 13 ringgit sekilo. menurut mereka, cili kami seperti cili padi kampung yg ori..yg memang dicari2 oleh pembeli. so..selagi ade permintaan..selagi tu kita "simpan" pokok-pokok ni semua. ;-) Alhamdullilah..banyak juga komen positif yang kami terima daripada mereka yg pernah merasa cili padi kami. Rata-rata mengakui cili padi kami amat pedas walaupon saiznya semakin mengecil akibat pokok semakin berusia. Jadi bagi anda yg pernah membeli biji benih dari kami, jangan risau, anda tak kan rugi. ;-) Bagi kami juga, memang berbaloi-baloi kerana harga yang dikeluarkan untuk membeli sepeket benih centil walaupon sangat mahal, namun kepedasannya berkekalan sepanjang musim.

Dah lama tak berblog, sebelum mengakhiri cerita kami kali ni, kami berbesar hati nak ucapkan jutaan terima kasih dan syabas untuk rakan-rakan seperjuangan kami semua, terutamanya untuk :-

>>Anda yg sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan kami di blog kebun Pokleh. Harap cerita kami kali ini dapat menyumbangkan lagi sedikit ilmu untuk anda

>>Kepada student2 yg sudi jadikan blog kebun Pokleh sebagai salah satu bahan rujukan, semoga adik-adik semua mendapat manfaat dari blog kami

>>Utk En Saifuzam & isteri dr tangkak, syabas kami ucapkan walaupon menghadapi kegagalan dalam projek permulaan beliau, namun beliau masih bersemangat dan tak putus asa untuk meneruskan projek fertigasinya. Kami juga pernah menghadapi kesulitan di awal pembabitan kebun Pokleh ni, ape yg penting, jangan cepat mengalah. Kena terus pandang ke depan

>>Untuk tuan-tuan dan puan-puan yg tlg membeli benih dr kami, serta abg mie di Genting Highlands, "Selamat datang ke dunia pertanian"

>>Kepada tauke laundry, papa njah n mummy, semoga laundry semakin murah rezeki

>>Tak lupa juga kepada melurhunny, tauke coklat di KL, terima kasih untuk sample coklat yg besh sgt tu

>> Untuk bakal usahawanita, merangkap mummy itik di melaka, hehe..jangan lupa telur masin utk Pokleh yaa... huhu

>> Kawan2 & saudara mara yg sentiasa bg sokongan kpd kami dan memahami kebizian kami sehingga dah kurang masa utk "berpelesaran" mcm dulu ;-)

>> opss..tak lupa juga untuk tokeh air buah yg hari2 sudi bawakkan ice limau utk sy... sedappp sgt. sy suke! semoga kedai makan anda semakin maju dan maju dan maju..

Aminnn...


Tuesday, April 6, 2010

Cili Kulai 469

Seperti yg dijanjikan dlm entry sebelum ni, kami nk update pula cerita ttg kebun slh seorang rakan fertigasi kami iaitu Encik Razali. Brkenalan dgn Encik Razali ni mmg best sbb dia tak lokek ilmu dan pengalaman. Dia pon macam kami juga, takde pengalaman dan main terjun aje ke dlm bidang pertanian ni tp semangat dia mmg tinggi. Encik Razali ni pernah juga ditipu atau senang ckp "kena kencing" dek agen pengusaha fertigasi. Sebenarnya kami pon mase awal2 dulu nyaris ditipu juga tapi atas nasihat otai2, kami memilih untuk set up semua sistem fertigasi ni sendiri, tanpa melalui agen. Sebab tu lah pentingnya kita kena buat kajian sendiri sebelum memulakan projek fertigasi ni. Ok lah takmo intro panjang, jom kita "Terjah" kebun Encik Razali ni.
Kebun Encik Razali terletak tak berapa jauh la dr kebun PokLeh, kt Stadium Muar. Kat sini hanya ditanam cili kulai 469 sebanyak 2000 pokok. Boleh tahan byk gak tuh.
Setelah beberapa kali cuba tanam dan gagal, akhirnya percubaan kali ni nampak berjaya. Encik Razali dan kak Aleeza fresh fish ni jugaklah yg pujuk kami supaya bertahan dgn projek kami ni. sbb kami pon penah "terduduk" gak waktu pokok kami diserang penyakit baru2 ni. tp now alhamdulillah.. muka yg ketat dh bleh senyum sket dh ni. hehe..
Ni lah dia, Encik Razali. Tgh sebok petik cili. Kebun ni diuruskannya sendiri tanpa bantuan tenaga upahan. Pernah gak dia amek pekerja tp semuanya letak jawatan dlm tempoh 24 jam sbb tak larat nak petik cili.
amacam? geram tak? pokok ni muda lagi usianya. around 3 months.Encik Razali ckp, dia sendiri pon cuma larat petik 37 kg sehari tu pon hanya melibatkan 4-5 baris pokok. Sedangkan kat kebun dia ade berpuluh2 baris pokok. Dasat kan? 37 kg tu pon dh dpt around 200 hinggit sehari. skang ni semua baris tgh rancak berbuah. camne tu?
ni anak pokok yg lum sempat dipindahkan
ni lah dia cili kulai 469. panjang kan?
kak diva pon nak tumpang sekaki. insyaallah, akan datang kami pon nak cuba tanam cili besar pula. buat mase ni kami pon tak dpt nak compare yg mane 1 lg senang sama ada cili padi atau cili besar. ade yg ckp cili besar ni rumit n cerewet. ni buah tangan dr Encik Razali. Buat "penawar" modal competition yg dah hangus tu. huh..ade ke patut? redha jer la.. ;-)

Monday, April 5, 2010

Pancing ikan la pulak..

ni sewaktu pertandingan memancing ikan kt daerah muar. hadiah utk 1st prize memang cukup lumayan. RM 25 gibu beb! tapi ape bleh wat..bukan rezeki.. :(( betapa ramai yg join competition ni. ni pon kat side ujung2 jer ni
Competition ni diadakan kat tanjung emas, muar pd ahad lepas, 4 April'10
kak diva tgh interview salah seorang wakil pemancing kami. kami invest sejumlah wang utk 4 org pemancing kt competition ni. tp sumenya kecundang. uwaaa....:)) yg baju biru tu kire wakil kami lah. kami taklah mancing pon sbb tak reti langsung nak pegang joran, tp akan dtg, kut2 rase nak tukar hobi plak kan... haa tu dia..gaya wakil kami melontarkan jorannya
wakil kami ni bukan sebarangan org tau. x-designer ni. dulu keje kt singapore. resign sbb nak fokus berkebun. haa.. ni buktinya yg menceburkan diri dlm dunia pertanian bukan la org2 kampung semata. dia pon kira rakan fertigasi kami gak ni. for the next entry nti kami cirte pasal kebun dia plak ok?
dalam bz2 melayan kebun cili pon kami sempat gak spend mase gi tengok org memancing. bukan ape..kalu tak kerana investment kami tu, hade haku kesah nak pegi tgk org memancing? hehe..


p/s: baby adam, nanti ajak papa mancing kt kebun atuk. ade kolam pancing ikan baru bukak kat situ. dekat aje. suh papa bwk joran. dpt ikan nti kita bleh wat bbq.


Sunday, April 4, 2010

Kobis ke kailan?

Igt tak dulu kami pernah cirte pasal kobis? Tukang semai benih sayur ni ckp, mmg kompom ni kobis tp ade yg ckp ni kailan. last2 dpt info dr NZ kota, ni mmg kobis daa.. Menurut NZ kota, ni jenis kobis beijing ni dan mmg lambat sket utk daunya berlipat menjadi kobis.
agak2nya ni kobis ke kailan ni? huhu..

p/s: maklumat terkini yg kami dpt dr rakan tani, NZ kota, yg ni mmg kobis daa...ish..ish..ish.. anyway tenkiu NZ kota. kalu sesapa yg ade pendapat lain mengenai sayur tu..silalah roger2 kami k. ;-)

Jom turun padang..

Aktiviti last weekend kami, kak diva n teh dean turun padang utk memetik cili padi. Sepatutnya banyak lagi aktiviti lain yg perlu mereka lakukan tp kerana kesuntukan masa, jd tak dpt la nak buat mcm2.
Muda lagi ni. Tak boleh nak petik lagi. Takpe kita simpan dulu
4 jam petik sorang-sorang cuma dpt 1 bakul. 4 kg niKak Diva dok mengeringkan cili padi yg dh petik siang td
Haa..tu dia.. atas bumbung keta PokLeh dia gi jemurnya. PokLeh geleng kepala aje tgk keta dia jadi mangsa keadaan
Yezza... tukang petik kita dah sampai. Kita bagi dia 1 bakul besar kosong then suruh dia petik byk2
Agak2 bape kg yg teh dean dpt petik ni? Teka sendirilah ya ;-)
Dah petik2 proses packing cili padi utk dijual
PokLeh yg sentiasa rajin membersihkan kawasan kebunnya. Kdg2 ade gak visitor yg kurang @ takde kesedaran sivik, gi buang sampah kt dlm kawasan kebun ni. Sejak tu, hanya visitor tertentu sahaja dibenarkan masuk dlm kawasan cili padi kami ni.
Ni rasenya 1st time kak diva petik cili padi Ok lah sekian sahaja update ttg cili padi kami. Pasni kita cirte pasal sayur2 plak k.

Sunday, March 28, 2010

Dah boleh petik dah

Entry lepas2 asyik cerita ttg cuti2 n makan2. kali ni kita sambung balik ttg cerita cili padi kat kebun pokleh yg dah seminggu ditinggalkan ni. oleh kerana tauke cili padi syok jalan2 n mkn2, pokok pon tak sempat nak diracun n akibatnya, haa..hamek kau..ade byk pkk yg diserang penyakit. uwaaa... tensionnya!! tapi takpe.. smlm kami dah racun. harap2 pasni pulih mcm biasa. insyaAllah...
Sebelum kita tgk cili padi, kami nak bawa anda tgk juga hasil2 sampingan kat kebun pokleh niKami ada juga tanam kobis. kelopaknya kini semakin mengembang tp isi dalam lum muncul lagi. mungkin sket hari lagi ade la tu.
kenal tak ape ni? last 2 weeks kami campak2 benih kangkung kt polibeg yg kosong. dulu kami penah gak tanam kangkung dlm polibeg, utk makan sendiri. kak diva siap masak kangkung goreng, fuh mmg sedap la compare ngan kangkung yg kita beli kt pasar tu. bila dh masak, sayur tu still nampak segar n rasa pon mmg best. seriously ni.. kalu tak caya, trylah..masih lg guna baja AB yg sama ngan pokok cili padi. haa utk Jojo, u should try once!
ni kenal tak? yg ni tak bleh nak dimasak atau dimamam. utk awet muda, petik..baca bismillah n then kunyah la..muahaha..JANGAN sekali-kali cuba wat. ajaran sesat dari anak pokleh tu. tu orkid lah!
here we go bebeh. kita cirte plak bab cili padi. hmm..mcm yg kami cirte kt atas tadi, pkk last week tak sempat diracun n akibatnya pkk diserang penyakit berjangkit yg lom masuk tahap kronik lagilah. walaupon pkk tak bape sihat, tp lihatlah buah cili padi yg keluar. alhamdulillah..
ade sesapa volunteer nak tlg petik tak?
mudah-mudahan hasil cili padi kami sentiasa bertambah-tambah-tambah-tambah banyak. amin...
tak sesia kulit kami jd hitam legam keranamu cili padi..
kalu kak diva balk muo next week, mebbe cili padi pokleh bleh disupply kat Fresh Fish nti ni.
kalu nak comparekan ngan NZ kota, en din brabus, cilipadi F1 n yg seangkatan dengannya, mmg hasil cili padi kami tak bleh nak lawan ngan hasil dorg. Last saturday 2kg berjaya dipetik dr 60 pkk. alhamdulillah. sepatutnya bleh petik lebih dr tu tp disebabkan byk lagi pekerjaan nak dibuat, so terpaksa petik mane yg larat dululah..
ni kalu baby adam tgk ni..silap dia pijak2 sbb geram. huhu..baby adam bile nak balik muo ni? atuk ngan nenek dh rindu kat adam ni. dah lepas petik, kita packing plak sebelum dijual. kalu kita wat packing mcm ni lebih menguntungkan sebenarnya. skali lagi,kami terpaksa kerahkankan tenaga sendiri dengan kadar pantas sbb nak kejarkan masa. perut berbunyi minta diisi, pinggang dah nak patah minta berehat, tp wat tak paham aje janji target nak jual cili padi petang tu, tercapai. lagipon esok (ahad) ade pekerjaan lain perlu dibuat. nak wat foliar (sembur air baja kat daun), nak cantas pkk, nak tukar polibeg..n the very2 tough one is..nak meracun. dasat gak sy sbb wat keja non stop la hr sabtu tu. bukan setakat petik aje, kena sapu plak daun2 n bunga2 yg gugur kat atas silver shine. mata ni rase sakit aje kalu tgk kebun bersepah. dah settle urusan jual beli, cecepat balik umah sbb pokleh dh pesan suh balik sebelum pukul 7.00 pm. ada banyak hantu kat luar katanya..

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my