Followers

Wednesday, October 28, 2009

Jom jalan-jalan lagi (Part 2)

Kali ni kami nak bawa anda jalan-jalan lagi. Jom kita melawat "Tapak Projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan", milik Jabatan Pertanian di Melaka.
Salah satu hasil tanaman di sini, tomato. Lot tomato ini telah diuruskan oleh Encik Fendi.
Rumah penyemaian biji benih
Blok yang menempatkan tangki air. Untuk makluman anda kesemua lot tanaman di sini menggunakan kaedah fertigasi.
Lot yang diuruskan oleh Encik Fendi. Lot untuk tomato aje dah cukup besar. Belum lagi lot tanaman lain. Di sini ada pelbagai jenis tanaman, antaranya timun dan cili. Setiap lot ini dijaga oleh pengusaha yang berlainan. Memang bertuah Encik Fendi sebab terpilih untuk mendapat lot di sini.
Pokok tomato yang telah habis musim dan menunggu masa untuk digantikan dengan pokok baru
Menurut Encik Fendi, untuk mendapatkan lot tanaman di sini, perlulah menyertai kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian. Kursus tersebut diadakan selama 8 bulan berserta elaun. Maklumat lanjut boleh didapati di suratkhabar.
Akhir skali, jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Fendi di atas info-info yang diberikan dan sudi membawa kami melawat ladang tomatonya. Siap bagi buah tomato free lagi tu.. hehe..

1 comment:

shar said...

bila tgk tomato yang kecik nie geram tengok kan cam nak makan terus jer. pok leh ader tak benih cili padi johor? klu ader nak jugak...

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my