Followers

Tuesday, November 3, 2009

Semerah Padi

Sedikit Info Mengenai Semerah
Semerah dihasilkan oleh sekumpulan tenaga penyelidik MARDI melalui kaedah pemilihan baka sepokok daripada bahan genetik dari Mexico. Berdasarkan morfologi buah dan bunga, cili Semerah tergolong dalam spesies Capsicum Annuum. Antara keistimewaan Semerah, ia berkemampuan untuk mendatangkan hasil yang lebih banyak, mempunyai tempoh matang yang lebih singkat dan mampu berbuah secara serentak. Selain itu, ia juga mampu menghasilkan cili walaupun dijangkiti penyakit atau pun virus.

Selain daripada Centil, kami juga turut menanam cili padi varieti Semerah di Kebun PokLeh. Ini merupakan percubaan pertama kami. Semerah ditanam serentak bersama Centil. Daripada pemerhatian kami, nampaknya Centil berjaya mendahului Semerah kerana Centil telah mula mengeluarkan buah.



1 comment:

Anonymous said...

Saya nak beli cili nie boleh tak???
Please contact saya untuk bincang harga 012 589 3155 - Aznil.

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my