Followers

Tuesday, December 15, 2009

Rezeki 2010

Selamat bertemu kembali. Dah hujung2 tahun ni mcm2 perkara perlu dibuat. Misi tahun ni kena dibereskan. Lepas tu kena standby pula misi utk thn depan. Ouh ya..ckp pasal tahun depan yang bakal mengambil alih tak lama lagi ni, agaknya tuan-tuan dan puan-puan dah rancang tak azam utk tahun 2010? Kami di kebun Pokleh pon dah mula rancang azam kami utk tahun depan. Sebolehnya kami mahukan yang terbaik utk thn 2010. Segala peristiwa yang kami lalui sepanjang tahun 2009, kami jadikan sebagai satu pengalaman baru dan panduan utk kami. Harap-harap tahun 2010 akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada kami dan tak lupa juga pada rakan2 tani semua. Perancangan yang kami buat, mmg banyak..insyallah dengan izin Allah diharapkan semuanya akan berjalan lancar. Ok la..dah lama kita tak tgk perkembangan terbaru di kebun pokleh. Macam mane la agaknya cili2 padi kebun Pokleh kan? So, jom kita tengok!i hasil cili padi kami. segar bugar kan? huhuni buah cili masih muda lagi ni..
Minggu ke tujuh 14 November


Thursday, November 19, 2009

Bendera Kuning

Mesti anda pernah perasan bendera kuning digantung kat kebun pokleh. Nape ek? Haa.. kalu nak tau.. bendera ni bukan digantung saje2 tau. Ade fungsinya. Nak tau ape fungsinya..jom scroll ke bawah.. Ha.. Nampak tak ape yg melekat kat situ?
Tu lah dia “pengacau” di kebun pokleh. Bukan setakat lalat buah aje..cicak man pon melekat
Nak tau kenape plastik kuning digunakan? Ni info yang kami dapat dari rakan tani, ada yang mengatakan serangga2 seperti lalat buah dan yang seangkatan dengannya sangat gemar pada warna kuning. Selain tu, makhluk-makhluk terbang ni cuma mampu melihat warna kuning aje. jadi sebab tu dorang tertarik kat plastik kuning tu. Ermm..tu lah antara jawapan yang kami terima. Kalau tuan2 ade jawapan lain, bolehlah btau kami. Kita kongsi2 kat sini. :) Tapi plastik kuning tu bukan boleh terus digantung aje tau. Kena la spray dlu dengan gam pelekat..mmg power gam ni..kalah gam gajah.
Ni plastik kuning yg digunakan
Haa.. ini lah dia gam power yg dimaksudkan tadi. Kalau nak spray, hati2 tau. Jangan lupa pakai pelindung mata untuk lindungi mata anda. Pastikan cuaca kering masa spray gam tu supaya gam tu tak terbang ke arah lain kalau tak..naya nanti!

Tanaman Pendamping Yang Bersifat Perangkap

Ingat tak dulu kami pernah cerita tentang kailan? Kalau tak ingat..boleh rujuk kat sini. Kami masih lagi mengekalkan kailan sebagai tanaman sampingan. Selain daripada tempoh pembesaran yang singkat, tuaian yang cepat, kailan ni boleh diklasifikasikan sebagai tanaman pendamping yang bersifat perangkap. Maksudnya, kailan ni mampu berfungsi sebagai pengusir kerana kailan ni sangat disukai oleh hama terutamanya kutu daun dan secara tak langsung, pembasmian akan dilakukan pada tanaman ini. Selain daripada kailan, tanaman lain yang bersifat pengusir yang lain adalah bunga matahari dan sawi pahit. Tanaman ni sangat sesuai ditanam berdampingan dengan pokok cili. Jadi apa lagi? Jom kita tanam kailan!!
Kailan ni cepat aje membesar. Jadi sementara nak tunggu cili berbuah, bleh kita tuai kailan dulu :)
Sedia untuk dijual. Kailan ni mcm2 bleh dimasak. Kalu org johor, masak asam pedas/gulai letak kailan pon sedap gak.
Ops..ape dah jadi? Lori benih tumpah daa… sape la punya angkara ni?

Tuesday, November 10, 2009

Minggu ke 6

Minggu Ke 6 (7 November 2009)

Varieti Semerah kini dah mula berbunga
Varieti Centil semakin rancak berbunga dan mengeluarkan cili padi
Perasan tak? Sizenya mcm besar sket daripada cili padi fasa pertama kami. Ade org kata..mungkin sbb buah pertama, kira awal2 keluar sbb tu size dia besar sket. Betul ke tu?

Haa..yg ni sgt ketara besarnya. Baru dpt info dari rakan tani kami.. yg ni cili besar sbb tangkai dia ke bawah. ish..macam mane bleh terselit cili besar plak ni...

Monday, November 9, 2009

Musim Hujan Dah Tiba..

Seperti rakan tani di negeri lain, kami juga tak dapat nak lari daripada menghadapi musim hujan yg pasti berkunjung setiap hujung tahun. Hampir2 banjir jugalah kebun Pokleh baru-baru ni. Mujur cuma kawasan luar kebun sahaja yang terlibat. Kawasan fertigasi kami, alhamdulillah, semuanya masih terkawal setakat ni.
Laluan hadapan "Istana Hinggap" kebun Pokleh digenangi airTenggelam sekejap kawasan belakang kebun Pokleh. Kerja-kerja yang tergendala akibat hujan melandaAda rahmat di sebalik hujan ni...sekurang-kurangnya dapat juga kami berehat sekejap
Tak banyak cili yang dapat dipetik mase ni. Tengah2 petik..hujan pon turun mencurah2

Tuesday, November 3, 2009

Centil

Minggu ke 5 (31 Oct 2009)

Semerah Padi

Sedikit Info Mengenai Semerah
Semerah dihasilkan oleh sekumpulan tenaga penyelidik MARDI melalui kaedah pemilihan baka sepokok daripada bahan genetik dari Mexico. Berdasarkan morfologi buah dan bunga, cili Semerah tergolong dalam spesies Capsicum Annuum. Antara keistimewaan Semerah, ia berkemampuan untuk mendatangkan hasil yang lebih banyak, mempunyai tempoh matang yang lebih singkat dan mampu berbuah secara serentak. Selain itu, ia juga mampu menghasilkan cili walaupun dijangkiti penyakit atau pun virus.

Selain daripada Centil, kami juga turut menanam cili padi varieti Semerah di Kebun PokLeh. Ini merupakan percubaan pertama kami. Semerah ditanam serentak bersama Centil. Daripada pemerhatian kami, nampaknya Centil berjaya mendahului Semerah kerana Centil telah mula mengeluarkan buah.



To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my