Followers

Sunday, March 14, 2010

Sesat di Kebun Pokleh (Part 2.. last part nih)

Jom sambung balik cirte sesat kita kali ni.. besh tau tido kt villa Pokleh..sejuk n nyaman jer ;-)
Suasana pagi di kebun pokleh..around 7 am Sayur2 sampingan yg ditanam. kailan n sawi. (menanamnya rajin..memetiknya malas.. kailan n sawi dah berbunga dah kat dlm polibeg..kalu lama lagi dibiarkan..silap2 bleh jd kebun bunga nti ni)
Tau tak ape ni? Ni lah pokok kobis..idup gak dia..ingatkan tak idup..
Antara yg sempat dipetik..
Siang sayur yer kak..nak buat kenduri ke?
Oklah..tiba mase utk check out dan kembali ke pangkal jalan. Seronoknya pakej 2 hari 1 malam kat Villa Pokleh. Len kali k sue dtg lagi tau!! Tp sebelum pulang..jgn lupa singgah umah Pokleh...kita pekena mee bandung muo yg special punya.. :-)

Sampai di sini...byeee

Sesat di Kebun Pokleh (Part 1)

Pada suatu petang yg damai, selepas turunnya hujan, tersesat pulak org melaka di kebun pokleh ni. Macam mana boleh sesat? Jom kita siasat..Bertolak dari Melaka terus menuju ke Batu Pahat utk memenuhi hajat anak tekak yg dah lama mengidam nasi beriani johor :) Mmg sedap la...nyum nyum.. (kpd yg tak dpt ikut tu, eda...jangan jeles ek..huhu)

Perut dah kenyang.. kita teruskan perjalanan ke kebun pokleh. Sebenarnya dah lama dah cik puan sue ni nak dtg ke kebun pokleh. tp bru skarang berpeluang menjejakkan kaki ke sini. betapa riangnya hati sbb dapat pakej penginapan percuma selama 2 hari 1 malam di Villa Pokleh ni.
mesti ade seseorang tgh meraung meratap gambar villa i ni kan? sbb tu dia ckp j*b*r. x pe i paham..org mayu mmg penuh ngan phd..sanggup antar penyiasat sesat ke villa i ni. penyiasat plak mcm firestone.. hahaha..erm jgn dia meroyan nak ejas villa 2 tingkat dia ke 1 tingkat sudah la..muahahaha..
Hujan rahmat turun mencurah2 setibanya kami di kebun pokleh. takde apa aktiviti sgt yg bleh dibuat mase ni selain merehat-rehatkan diri di dalam villa sambil merancang aktiviti utk malam hari.

Mlmnya plak kami round2 bandar muo..sempat gak tawaf Giant...tgk lampu2..tgk keta..saje menambahkan kesesakan di jalan raya time2 hujan tgh lebat ni..
Kalau kita tgk drama mayu..kejap2 scene makan..kejap2 scene makan. Sama gak la mcm cuti2 mesia kami kali ni. hehe... mlmnya tu aktiviti makan ikan bakar. nak tau lokasinya kat mane? rahsia..
Khas utk tatapan pengunjung kebun pokleh...terliur tak? Ikan pari sambal ni...cukup2 utk 2 org mkn.. Sotong goreng tepung..besh2
Wahai rakyat jelata sekalian..makanlah kamu sebelum kamu dimakankan..huhu..
Cantik tak? pemandangan dari atas menara ni..
Sabak Awor atau dikenali sbg Sabak O. Ouh..sini la rupanya lokasi ikan bakar yg sedap tuh. Tempat ni selalu gak masuk tv tau sbb makanannya sedap dan harganya pon tak mahal. Mmg puas hati la makan malam tu. Nti kita dtg lagi ek k sue..

Hmm..dah kenyang perut..dah tawaf bandar muo.. ape lagi..time utk tido plak.


nite2 all..


Thursday, March 11, 2010

Motivasi petang Jumaat..utk dikongsi.. ;-)

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?” “10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!” Murid-murid menjawab.
Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya.
Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit? “Tiada apa-apa!” Murid menjawab.
Kalau saya memegang selama setengah jam? “Tangan lenguh!” Murid menjawab.
Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya? “Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari? “Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!” Ya , itulah jawapan yang saya cari.

Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama. Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat. Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

Ingat…“Lepaskan sahaja gelas itu!”
...i''ll owez remember that..thanks beb ;-)

Sunday, March 7, 2010

Jom Bikin Sendiri Racun Organik

Racun serangga organik
sumber: arkib berita harian online
PENGGUNAAN racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Justeru, kini ramai yang beralih menggunakan bahan organik. Pakar Hortikultur, Abdul Rahim Rashid menunjukkan cara mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Racun serangga selamat: Pestisid botanik mesra alam dan murah menggunakan ramuan di dapur seperti bawang putih, halia, serbuk cili dan minyak masak.
Pada keluaran 8 November lalu, saya menjanjikan sesuatu yang mudah, menarik, murah dan selamat untuk menghasilkan bahan membunuh serangga perosak dan mengawal penyakit menggunakan bahan organik. Setiap kali mengadakan program seminar atau bengkel berkenaan landskap, saya sering kali diajukan persoalan mengenai pencegahan penyakit, racun yang biasa di gunakan dan cara menggunakan. Selain itu, kerap juga mendengar mengenai cara penggunaan racun perosak berasaskan bahan kimia yang tidak betul serta boleh mengundang bahaya jikalau salah menggunakan serta cara penyimpanannya. Konsep yang biasanya saya terangkan adalah konsep mengawal lebih baik dari mengubat terutama pada prinsip penyelenggaraan. Adakah anda terfikir bahawa bahan di dapur di sekeliling kita amat sesuai sebagai pencegah dan perawat serangan perosak dan penyakit pokok.
Tidak perlu memikirkan jenis racun kimia yang dibeli, bagaimana untuk menyimpan di tempat selamat, serta cara yang betul menggunakannya. Cuba anda fikirkan kesan dan akibat salah penggunaan bahan kimia ini. Sebelum bercerita lanjut berkenaan cara untuk penyediaan bahan berkenaan, berikutan senarai jenis serangga perosak ini.
Serangga jenis mengunyah:
Kumbang
Belalang
Kupu-kupu
Ulat Bulu
Siput
Lintah Bulan
Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit)
Aphis @ Aphid @ kutu Daun
Koya
Pianggang
Teritip (Scaler)
Kulat Putih
Penyediaan bahan Larutan stok
1 liter Air
1 Sudu Besar Minyak Masak / minyak sayur
1 Sudu besar sabun basuh
4 - 6 Ulas bawang putih ( ditumbuk )
Langkah
Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
Tumbuk 4 - 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi.
Setelah dikacau , tapiskan
Untuk penyemburan: campurkan 1 bahagian Larutan Stok dengan 4 bahagian air.
Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak (hancurkan ) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada kepada suri rumah atau penggemar landskap dalam kuantiti yang sedikit.
Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga perosak dalam kuantiti yang besar adalah:
Ekstrak bawang
Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gm bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.
Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)
Untuk mengawal penyakit lecuh.
Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).
Ekstrak halia
Kawalan penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.
Ekstrak daun Neem (semambu)
Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.
Ekstrak bawang putih
Juga untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air.
Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.
Hakikatnya, bahan yang ada di sekeliling kita amat mudah ditemui dan dengan kos yang rendah, saya percaya penggunaan racun serangga kimia dapat dielakkan. Hasil yang didapati akan lebih baik malah boleh tidak perlu risau akan kesan sampingannya. Paling penting, ia murah, mudah dan senang.
Selamat Mencuba...


Mini Maha '10

Pameran Mini Maha 2010 tlh diadakan di Dewan Jubli Intan Batu Pahat pada 22~24 Jan baru-baru ini dan seperti biasa, selagi ianya tak jauh dari lokasi kami, kompom kami terjah.
Walaupon dah lebih 1 bulan berlalu, baru sekarang kami nak btau. :D. Macam biasalah, mmg byk acara yg menarik walaupon di bawah panas terik. Ni namanya cili bunga.. Tak banyak info yg kami dpt mengenai pkk cili bunga ni sbb yg jaganya tak bape frenly.. :-( agaknya penjaganya dah letih kut (bersangka baik)
Di antara yang menyertai Mini Maha '10

Pelawat lagi..

Nampaknya kebun pokleh sentiasa tak sunyi dari menerima kunjungan pelawat yg sudi bertandang ke kebun kami.

Semalam, tauke restauran, En Saiful dan isteri siap datang dari Tangkak semata-mata nak lawat kebun pokleh setelah terjumpa blog kami di internet. Mereka dalam proses nak buat projek fertigasi khas utk bekalan restoran mereka. Mmg bagus idea mereka tu. Kami dari kebun pokleh mengucapkan Selamat Berfertigasi dan semoga berjaya..!!
Uncle Joe, pegawai dari Mardi, lawatan secara tak formalnya ke kebun pokleh amat kami alu-alukan. Nanti kalau balik muar, jangan lupa singgah lagi ya. ;)

Saturday, March 6, 2010

Cerita terkini dari kebun pokleh

6 March '10

Alhamdulillah, hari ni, cili padi dah boleh dipetik. Kita petik sket dulu sbb nak settlekan pkk2 yg bermasalah. Kekurangan "tenaga buruh" menyebabkan kami agak terkejar2 nak buat mcm2 perkara kt kebun. Nak cantas daun, lepas tu nak sapu daun2 yg dah dicantas, nak racun, nak ganti polibeg yg dah pecah, nak buang air yg bertakung kt tanah, nk ganti "air minuman" utk lalat buah. Kebun pon dh agak messy sbb banyak daun yg rosak gugur. Tapi takpe, kita buat mane yg mampu..yg tak mampu..kita buat tak nampak jer la..
Sekali tgk, cantik la plak merah hijau ni 28 Feb '10
Alhamdulillah, walaupon pkk kami sedang dilanda penyakit kritikal, namun masih mampu mengeluarkan buah dengan lebat

21 Feb '10


14 Feb '10
7 Feb '10


31 Jan '10
24 Jan '10

Masa ni ada bunga yg dah mula berputik

17 Jan '10

Seminggu selepas ditransformasikan

Ouh ya..utk entry akan datang, insyaAllah kami akan update pula ttg masalah dan cabaran pkk cili padi yg kami hadapi dan cuba atasi. Diharap pembaca dapat bersabar ya. :) Lastly, terima kasih di atas sokongan anda yg sentiasa prihatin dah sering bertanyakan perkembangan kebun pokleh.

Wednesday, March 3, 2010

Suami isteri usaha tanaman cili (Sumber: Harian Metro 4/3/2010)

MINAT mendalam terhadap aktiviti berkebun akhirnya membuka lembaran baru kepada bekas kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nur Syahidah Sulaiman, 27, apabila muncul sebagai perintis tanaman menggunakan kaedah fertigasi di kampungnya sehingga mampu menjana pendapatan lumayan. Bertempat di Felda Lepar Hilir Satu, Kuantan, Pahang, Nur Syahidah berkata, sebanyak 5,000 pokok cili kulai ditanam di kawasan seluas 0.72 hektar daripada jumlah keseluruhan 0.92 hektar tanah terbiar yang diperuntukkan Felda kepadanya.
“Tanaman menggunakan kaedah fertigasi lebih mudah berbanding tanaman biasa kerana saya tidak perlu menggunakan pekerja yang ramai, sekali gus menjimatkan kos penyelenggaraan,” katanya ketika ditemui di kebunnya, baru-baru ini.
Selepas empat bulan memulakan projek iaitu pada November lalu, Nur Syahidah kini sedang menuai hasil pertamanya dengan memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 seminggu bagi 380 kilogram cili kulai dan semerah (centil).
“Saya mensasarkan pendapatan bulanan sehingga RM11,000 dan yakin mencapainya kerana pokok sedang mengeluarkan hasil yang begitu banyak. Saya boleh mengutip antara 80 hingga 100 kilogram dalam sehari,” katanya. Nur Syahidah berkata, modal pendahuluan berjumlah RM55,000 diperlukan iaitu pinjaman bank RM30,000 manakala selebihnya duit tabungan, suami dan keluarga. Nur Syahidah dibantu suami, Fairiz Abdul Hakim, 31, yang juga bekas kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi berkata, dia tidak kekok bekerja di kebun kerana sudah didedahkan dengan kerja pertanian sejak kecil. “Saya adalah anak peneroka dan selalu mengikut arwah ayah (Sulaiman Debok) dan ibu (Sofiah Mat) bekerja di ladang. Malah, saya juga berminat dengan tanaman pokok bunga. “Kami berdua mempunyai minat yang sama di mana saya suka tanam pokok bunga dan Fairiz sendiri lahir daripada keluarga yang meminati bidang pertanian. “Kedua-dua ibu bapa Fairiz juga memiliki kebun cili kulai fertigasi di rumah mereka di Subang, Selangor. Minat untuk mengusahakan tanaman ini bercambah sebaik saja kami mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu,” katanya. Sebagai pengusaha sepenuh masa, Nur Syahidah banyak menghabiskan masa di kebun dengan memeriksa tanaman, meracun serta membersihkan kawasan untuk memastikan pokok tumbuh dengan subur dan segar. “Kerja ini tidak rumit sebenarnya, tetapi memerlukan kesungguhan dan ketelitian kerana saya perlu memastikan tanaman ini bebas daripada makhluk perosak, kulat atau sakit. “Ketika sedang galak mengeluarkan buah, saya perlu bekerja lebih agresif, malah ada kalanya terpaksa meminta bantuan adik-adik dan ibu untuk mengutip cili,” katanya. Nur Syahidah juga menjalankan kerja meracun dua kali seminggu, membersihkan ‘dripper’ untuk aliran aliran air ke bekas tanaman dan membersihkan kebun dua minggu sekali. "Saya berada di kebun bermula pada jam 7 pagi sehingga 6.30 petang kerana ini adalah projek sulung yang memerlukan pemerhatian kami seratus peratus,” katanya yang menghantar hasil tanaman kepada pemborong di Kuantan dan Jaya Gading. Nur Syahidah juga menerima pesanan daripada orang perseorangan dan penduduk tanah rancangan yang mahu mendapatkan cili hasil tanamannya. Pasangan suami isteri ini mengambil keputusan berhenti kerja untuk memulakan projek pertanian kerana yakin ia boleh menjana pendapatan lumayan dan mampu dikomersialkan dengan lebih meluas. “Ketika ini hanya kami berdua mengusahakan tanaman secara komersial dan saya berharap lebih ramai golongan belia menceburi bidang pertanian. “Ini kerana masih banyak kawasan tanah terbiar yang belum diusahakan di tanah rancangan ini. “Saya sendiri mendapat sokongan penuh daripada Felda dan Jabatan Pertanian daerah Kuantan untuk memulakan projek ini. Sehingga kini mereka masih memantau dengan memberi khidmat nasihat dan sokongan moral bagi membantu meningkatkan jualan dan pasaran.
“Jelas terbukti bahawa berbudi pada tanah tidak sia-sia atau mendatangkan kerugian. Saya akan teruskan projek ini di samping beberapa projek berskala kecil yang lain seperti ternakan ikan puyu, tanaman pisang dan jagung,” katanya.
To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my