Followers

Monday, March 22, 2010

Fresh Fish Mini Market

Ingat lagi tak dulu kami pernah cerita ttg Fresh Fish Mini Market? Sekarang kedai ni bebetul dah dibuka untuk memenuhi keperluan warga KL khasnya. So ape tunggu lagi. Tak payah nak penat-penat pergi supermarket utk cari ikan2 segar. Semuanya ada kat sini. Ikan2 dan hasil2 laut kat sini semuanya segar2 belaka. Untuk makluman anda, segala hasil laut di sini diborong dari nelayan di perairan laut dalam. Setiap malam, tauke kedai akan borong dari nelayan2 tersebut untuk memenuhi permintaan para pelanggannya. Jom kita terjah Fresh Fish Mini Market dan taukenya skali. Inilah dia Puan Aleeza selaku tauke Fresh Fish ni. Cantik kan? Mcm ikan2 dia gak..huhuhaaa...nampak tak tu? skang dah percaya tak? mmg segar2 kan ikan ni? elok aje ikan2 ni berbaris. boleh masuk perbarisan sempena merdeka nanti ni..haha..
kat sini ade pekerja khas utk menyiang ikan..haa kalu sesiapa yg miang-miang tu kan..dorang pon boleh siang skali. hehe..selain ikan, ayam pon ade dijual. haa lagi satu untuk makluman anda. kalau sesiapa yg terasa nak makan ayam kampung segar, jgn segan silu utk dapatkannya di Fresh Fish.
selain daripada ikan n ayam, udang pon ade dijual. fuh tiba2 teringat makan udang masak beriani kat Gambang Water Park. sedapnya..nyum..nyum.. sotong... goreng tepung besh ni. mcm makan kat Sabak Awor kelmarin kan k sue?
buat kerang rebus pastu cicah ngan sambal kicap..fuh besh gile ok lah dah puas pegang ikan2 n lain2 kat atas tu, jangan lupa cuci2 tangan kat sini. kemain cantik singki ni sabun pon dh disediakan.

Eh baru disebut2 dah keluar plak gambar cili padi ni. mcm tau2 aje. ermm ni bukan cili padi dr kebun pokleh. coming soon, insyaAllah kami akan supply cili padi kat sini plak yer. cili padi kami tak sempat nak dipetik sbb tukang petiknya tiba-tiba plak amek "emergency leave" atas alasan nak buat "Jalan-jalan cari pasal" kat Cherating. huhu.. kwek..kwek..kwek.. eh apsal ade bunyi itik ek?
Haa..ni bukan beras yg disembunyikan mcm dlm berita kt tv tu yer :-P Kak aleeza tak main la sembunyi2 ni kan? Peniaga kena jujur. Ni antara barang2 yg boleh didapati kat Fresh Fish ni Dah namanya mini market, bukan sahaja ikan yg ade dijual tp mcm2 lagi. Antaranya barang-barang runcit seperti bawang, rempah ratus, minyak masak..(selebihnya sila tengok sendirilah dlm gambar ni) kwek..kwek..kwek.. eh bunyi itik lagi daa..mane datang ni..ish musykil nih
sayur-sayuran pon ade kat sini. jangan risaulah kalau anda berkunjung ke Fresh Fish ni..segalanya ada untuk memenuhi keperluan perut anda.. hehe..apabila tauke itik, tauke ikan dan tauke cili padi bertemu.. ade projek baik la tu!! Oklah sebelum kita tutup tirai, so kepada warga kl semua (yg dari luar kl pon dialu-alukan) haaa..ramai2lah kita memborong kt Fresh Fish ni..nak tau lokasinya? Senang aje:

Fresh Fish Minimarket, C53 Jalan Danau Lumayan 1, Danau Lumayan Avenue, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Mini market dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 mlm




Ni ade 2 rangkap pantun utk semua team Fresh Fish:
Sekian sahaja dari kami team pokleh anak beranak,
Semoga Fresh Fish terus maju dan taukenya dpt untung banyak2


dah kaya nti bleh bukak franchise kt london plak..mcm gambar kt bwh ni..hehe..amacam? ok tak kak aleeza?

Ops.. Teringat plak aku teka teki saiful apek dlm program Gitu-gitu Apek..


"banyak-banyak ikan..ikan ape yg ade bulu ketiak? jawapannya tauke ikan"


Tapi yg ni teka teki dari aku sendiri..
"banyak-banyak ikan..ikan ape yg mcm "artish"? hehe.. of course la tauke Fresh Fish"

2 comments:

sue-ab said...

itik2 tu perlahan skit...lom launching lagik...

Kebun Pokleh said...

hehe... apsal tak on ym? bz benau nampak!

To contact us, just email to ashireen_hs@yahoo.com.my